15 Ogo 2020

MASK ON, KITA JAGA KITA



LINDUNGI diri tanpa mengkompromikan gaya dan keselesaan menerusi kempen ‘Mask-On’ oleh Sunway Malls (Rangkaian Pusat Beli-Belah Sunway), yang bakal merungkaikan empat pelitup muka fabrik edisi khas untuk pelanggan.

Demi mengutamakan komitmen Sunway Malls ke atas aspek keselamatan para pelanggan, pelitup muka ini diperbuat daripada fabrik antimikrobial yang mampu menapis 99.94% bakteria, malah boleh digunakan semula serta berciri mesra alam agar pengguna dapat melindungi diri daripada penyebaran virus dan bakteria serta mengurangkan pembaziran. 

Pelitup muka tersebut diperakui oleh badan pemeriksaan yang bereputasi dalam perihal keberkesanan anti bakteria dan anti hapak.

Setiap pelitup muka dilengkapi dengan tali gelung telinga yang boleh dilaras mengikut saiz muka dan mempunyai slot penapis untuk perlindungan tambahan. 

Ciri keselesaan turut diutamakan dengan lapisan luar pelitup muka yang diperbuat daripada fabrik yang mudah basuh, manakala lapisan dalam diperbuat dengan kapas lembut yang mempunyai keupayaan menyerap haba badan untuk meningkat kebolehnafasan.

Empat pelitup muka tersebut dicetak khas dengan ilham seni bina bangunan Sunway Malls, dan akan disediakan dalam saiz dewasa dan kanak-kanak.

Ketua Pegawai Operasi Sunway Malls, Kevin Tan berkongsi, 

“Keutamaan kami adalah untuk meningkatkan keselamatan untuk para pembeli-belah.  

"Kami berharap kempen ‘Mask-On’ dapat menjadikan pemakaian pelitup muka sesuatu kebiasaan yang diamalkan oleh semua pihak sebagai langkah keselamatan sambil memainkan peranan perlindungan diri sendiri dan orang lain. 

"Ia juga merupakan sebuah kaedah unik untuk pembeli-belah mempelajari sedikit sebanyak tentang reka bentuk istimewa Sunway Malls,”




Utamakan keselamatan tanpa mengkompromikan keselesaan dan gaya

Empat rekaan ini diilhamkan daripada pusat-pusat beli-belah berikut: Sunway Pyramid, Sunway Putra, Sunway Velocity dan Sunway Carnival/Big Box/Citrine. 


Sunway Pyramid – The Egyptian Pyramid

Memetik inspirasi daripada struktur Sunway Pyramid yang masyhur, Piramid Mesir melambangkan intelek, kekuatan, kestabilan, keamanan dan semangat. Unsur-unsur Mesir diperlihatkan di seluruh pusat beli-belah tersebut dengan perhiasan hiroglif dan arca-arca zaman Mesir purba yang diserlahkan pada reka bentuk bangunan termasuk. 

Sunway Pyramid kini merupakan komponen utama Sunway City, ia meliputi sebuah taman tema, hotel 5 bintang, pusat pameran bertaraf dunia, pusat pakar kesihatan berintegrasi serta kampus-kampus yang teriktiraf.


Sunway Putra – The Sun-Drop Diamond 

Terdiri daripada pembangunan berintegrasi yang meliputi sebuah pusat beli-belah, hotel, dan menara pejabat, Sunway Putra terletak di dalam Segi Tiga Berlian di pusat bandar Kuala Lumpur. Seni bina pusat beli-belah ini diilhamkan oleh Berlian ‘Sun-Drop’ dari Afrika Selatan dan bentuk serta warna-warna utama berlian tersebut dicerminkan pada reka bentuk bangunan. 

Ia kini boleh dilihat di pelitup muka edisi terhad ‘Sun-Drop Diamond’, yang merupakan simbol rejuvenasi; harapan, pembaharuan dan kemakmuran.


Sunway Velocity – The Renaissance Globe

Dizahirkan melalui impian Sunway buat komuniti Cheras, konsep reka bentuk Sunway Velocity memetik ilham daripada ‘Renaissance Globe’, yang menandakan peralihan dari zaman pertengahan ke era moden – selari dengan pembaharuan urban yang dihasratkan oleh Sunway. 

Sebagai bangunan beli-belah pertama yang berbentuk sfera di Malaysia, Sunway Velocity dikelilingi dengan struktur bumbung kaca yang membolehkan sinaran cahaya semula jadi, yang turut menaiktaraf aspek akustik, di samping menggunakan lantai bertema yang membentuk dunia baharu yang sedia untuk diterokai. 

Gubahan yang menghiasi pelitup muka ini melambangkan wawasan yang jelas, aspirasi dan impian untuk merealisasikan pembaharuan urban di Cheras.


Sunway Carnival/Big Box/Citrine – The Astute Cube

Akhir sekali, pelitup muka yang diilhamkan oleh Sunway Carnival, Sunway Big Box dan Sunway Citrine. Astute Cube melambangkan pelbagai faset kehidupan yang ditunjangi oleh nilai positif dan diilhamkan oleh kiub-kiub pelbagai saiz yang menghiasi muka bangunan Sunway Carnival Mall, termasuk outlet-outlet berformat besar di Sunway Big Box dan Sunway Citrine yang menawarkan hampir 100 kedai fesyen, F&B dan hiburan.




Tip Berkaitan Pelitup Muka Fabrik

Untuk penjagaan optimum pelitup muka fabrik, gunakan pensanitasi tangan sebelum memakai atau menanggalkan pelitup muka fabrik ketika berada di luar, produk pensanitasi tangan boleh didapati di outlet-outlet di dalam pusat beli-belah seperti L’occitane atau AEON Wellness. 

Letakkan setitis Claire’s Essential Oil pada pelitup muka fabrik anda untuk menikmati haruman yang memuaskan sepanjang hari, dan jaga kesihatan bibir serta kulit anda dengan produk pelembap. Basuh pelitup muka anda setiap hari dengan air suam dan cecair antiseptik oleh Guardian untuk membasmi kuman, dan membasuh badan dengan gel mandian Yves Rocher yang harum lagi menyegarkan.

Barangan keperluan bagi penjagaan pelitup muka fabrik boleh didapati di Sunway Malls yang merangkumi lebih daripada 1,500 outlet yang tergolong dalam pelbagai perusahaan seperti fesyen, kecantikan, kesihatan, makanan dan minuman, penjagaan diri dan banyak lagi.


Beli-Belah dengan Selamat

Sejajar dengan inisiatif ‘Your Safe Space, Our Safe Space’, Sunway Malls telah melancarkan 82 langkah-langkah keselamatan dan kebersihan, termasuk pemasangan 4,000 kamera CCTV, 12 unit kamera suhu berketepatan tinggi dan 30 kamera dengan teknologi pengecaman wajah untuk menggalakkan penjarakan fizikal.

Selain itu, pelbagai kemudahan mesra keluarga dan ruang-ruang utama seperti tandas kanak-kanak, bilik bayi, kereta sorong bayi, kerusi roda serta ruang permainan dibersihkan dengan bahan pembasmi kuman setiap 45 minit dan disalut dengan Teknologi Salutan Nano untuk mencegah virus dan bakteria secara efektif.

Duta-duta prihatin dan pegawai penjarakan fizikal akan dikerahkan di semua pusat beli-belah untuk memastikan para pelanggan mematuhi penjarakan fizikal dan garis panduan keselamatan dan kebersihan.

Untuk maklumat lanjut mengenai Kempen ‘Mask-On’ dan tip untuk melindungi diri dengan pelitup muka fabrik, layari www.sunwaymalls.com/mask-on atau laman-laman media sosial milik pusat-pusat beli-belah Sunway.


[KREDIT: Sunway Mallss]

Tiada ulasan:

Catat Komen