Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Wanna Ali bukan pelakon air mata


PELAKON Wanna Ali, 24, menganggap dirinya bukan pelakon air mata meskipun watak yang dibawa sebagai Aurora dalam filem Ada Apa Dengan Dosa agak berat.

Wanna Ali atau nama sebenarnya Nor Syazawana Mohd Ali yang berasal dari Kuala Lumpur berkata sedemikian menerusi akaun Instagramnya, petang Ahad.

“Penat sangat... saya bukan pelakon air mata namun apabila di set penggambaran, saya bersedia dan mendalami watak itu,” ujarnya yang turut berterima kasih kepada pengarah terkenal Rahila Ali kerana memberikan peluang dan kepercayaan kepada dirinya.

Antara pelakon lain yang turut membintangi filem itu ialah Harris Ismail, Fauziah Nawi, Adam Corrie Lee, Ashraf Muslim dan Fasha Sandha.

Untuk makluman, filem tersebut sepatutnya ditayangkan di panggung pada September depan, namun atas sebab pandemik koronavirus (Covid-19), anda semua kini boleh melanggan dan menyaksikan menerusi Astro First 470 & 480, RM15 untuk 48 jam bermula 4 Jun lalu. - 7KLIK

Post a Comment

0 Comments