2 Jun 2020

BELI DURIAN DI SHOPEE


DENGAN taburan hujan yang tinggi di Malaysia dan petani mengalami kekurangan bantuan tenaga kerja akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan, ia dijangkakan bahawa musim durian ini akan mengalami hasil yang lebih rendah daripada biasa iaitu di bawah 300,000 tan metrik, menurut Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA). 

Hal ini, ditambah dengan sekatan bagi aktiviti menikmati makanan di gerai tepi jalan demi membendung penularan wabak Covid-19, bakal membawa beberapa cabaran kepada industri durian.

Namun, meskipun dengan ekonomi global yang perlahan serta cabaran-cabaran ini, FAMA menjangka bahawa tahun 2020 akan menjadi tahun yang optimis bagi industri durian. 

Kebanyakan penjual durian meramalkan bahawa permintaan akan kekal kukuh di dalam dan luar negara terutama dari pasaran Singapura dan China, terutamanya dengan ekonomi negara China yang bermula untuk pulih. 

FAMA menyatakan; 

"Rakyat Malaysia mungkin tidak dapat menikmatinya di tepi jalan tahun ini tetapi pengambilannya tetap tinggi seiring dengan minat mereka terhadap durian.” 

FAMA juga menggalakkan penjual untuk meneroka e-dagang bagi meningkatkan penjualan mereka dalam tempoh yang mencabar ini.

Dalam pada itu, Shopee mendapati bahawa penjual durian Malaysia tidak terkesan oleh gangguan tersebut dan sangat progresif dalam pendekatan mereka terhadap e-dagang. 

Ia menemui trend baharu serta menarik dan mendapati bahawa platformnya telah secara organik menarik petani yang menanam durian dari seluruh negara dalam pada mereka menawarkan D24, Musang King, XO, Hor Lor, Udang Merah dan banyak lagi atas talian. 

Ramai juga yang menjadi kreatif dengan kempen mereka sendiri seperti Duduk Rumah, Makan Durian untuk kekal relevan.

Covid-19 dilihat memberi kesan buruk kepada perniagaan dalam banyak sudut selain penjualan. Shan Cheng Durian yang biasanya menerima pelancong di ladang seluas 12 hektar di Balik Pulau, Pulau Pinang mendedahkan bahawa penularan virus telah menyebabkan pelancong untuk tidak lagi mengunjungi ladang tersebut. 




Kini, ketika mereka mencari cara baharu bagi menjual hasil tanaman mereka, mereka juga harus memikirkan kaedah inovatif demi memastikan durian yang dihasilkan kekal segar dan enak. 


"Ada banyak perkara yang perlu dipertimbangkan ketika melakukan penjualan atas talian. Kesegaran durian adalah salah satu daripadanya. Untuk memastikan pelanggan mendapat kualiti terbaik, kami mengumpul durian dari ladang pada waktu pagi, membuka dan membungkus semula ke dalam kotak serta menyimpan dalam bekas vakum sebelum penghantaran dilakukan pada hari yang sama.  
Dengan begitu banyak penjual atas talian yang bersaing untuk penjualan, ia bergantung kepada kualiti, perkhidmatan dan harga untuk memenangi hati orang ramai,” kata Leow E Shuen, Pengasas Bersama dan Pengurus Perniagaan Shan Cheng Durian Penang.

Bagi Mountain Cat Durian, penularan Covid-19 memberi impak kepada penjualan produk diproses seperti durian puff dan aiskrim durian sebanyak 50%. Ini disebabkan oleh permintaan perniagaan-ke-perniagaan (B2B) yang rendah daripada sektor bakeri dan konfeksionari, serta peniaga makanan dan minuman. 

Syarikat yang berpusat di Puchong ini yang mempunyai ladang seluas 20 hektar di Broga, Negeri Sembilan, juga mengalami cabaran kewangan daripada perbelanjaan overhed seperti pekerja dan komitmen kilang. 

"Dengan penjualan luar talian dan B2B kami terjejas ketika kenaikan tekanan kos, kami menyedari sudah tiba masanya bagi kami untuk meneroka model luar talian-ke-atas talian untuk mengekalkan perniagaan dan memastikan durian kami tidak dibazirkan.  
"Sebelum menjual secara atas talian, kami hanya mempunyai beberapa pesanan dalam sebulan; tetapi sekarang di Shopee, kami menerima pesanan setiap hari.  
"Keadaan semasa merupakan pembuka mata bagi kami - ini menunjukkan kepada kami bahawa kami tidak boleh berpuas hati dengan pendekatan kami dengan mengabaikan dunia digital,” kata Ma Tuck Mun, pengasas Mountain Cat. Isi Musang King pada masa ini merupakan produk terlaris mereka di Shopee.



Shopee mendedahkan selanjutnya bahawa pencarian kata kunci untuk 'durian' di platformnya juga mula menjadi trend, menandakan minat pengguna ketika musim durian bermula. 

Dalam usaha untuk membantu penjual durian mengekalkan pendapatan mereka dan rakyat Malaysia mendapatkan durian kegemaran mereka, Shopee akan menampilkan Shan Cheng Durian dan Mountain Cat, bersama dengan 500 penjual durian dan buah-buahan lain dalam 6.6 Super Sale yang berlangsung dari sekarang hingga 6 Jun 2020. 

Buah durian akan dijual dalam Jualan Kilat Shocking Sale pada harga RM0.66 dengan diskaun tambahan 10% di kedai untuk penjual terpilih sepanjang kempen.

"Kesan Covid-19 telah diterjemahkan ke dalam banyak aspek lain dalam kehidupan kita selain kesihatan. Ia telah menghalang kita daripada melakukan aktiviti kegemaran seperti merapatkan hubungan persahabatan dan kekeluargaan sambil makan durian. 
"Namun, itu tidak bermakna kita tidak dapat menikmati durian atau memberi buah ini kepada orang yang kita sayangi. Dengan lebih banyak penjual durian yang menjual atas talian, rakyat Malaysia dapat membelinya daripada platform kami untuk dinikmati di rumah dengan selamat. 
"Tambahan pula, penjual tempatan kita memerlukan sokongan berterusan demi ekonomi kita. Itulah sebabnya selain menampilkannya dalam kempen kami seperti 6.6 Super Sale, Shopee komited untuk memastikan platform kami adalah kos efektif. 
"Kami juga menasihati semua penjual agar memastikan bahawa mereka dapat memenuhi pesanan - bekalan, pembungkusan dan logistik - sebelum menjual. Kami memahami bahawa ini mungkin agak sukar bagi penjual yang pertama kali menjual secara atas talian dan disebabkan itu, kami menugaskan pasukan khusus untuk membantu mereka yang memerlukan pertolongan. 
"Mereka dapat menghubungi kami di http://tiny.cc/shopeefresh dan kami akan menghubungi mereka,” nasihat Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee.



Untuk penjimatan lebih banyak lagi bagi pelbagai jenis produk, tawaran bermula daripada hanya RM0.66; nikmati penghantaran percuma dengan perbelanjaan minimum RM16 serta dapatkan baucar RM6 setiap hari pada 6.6 Super Sale ini.

6.6 Shopee Live Festival juga akan diadakan yang menampilkan bintang pop Taiwan Alien Huang, Emma Wu, Tiffany Hsu, Sam Tseng dan Blaire Chang serta bintang tempatan Nabila Razali, Pongpong, Shalma Eliana dan Yonnyboii. 

Kemuncak sesi ini akan dibintangi ratu pop Malaysia, Dato’ Sri Siti Nurhaliza pada 6 Jun. Pengguna juga boleh bermain Shopee Poly, Shopee Treasure Box, Shopee Catch, Flip & Match dan banyak lagi untuk terus berhibur.


[KREDIT: Fama]

Tiada ulasan:

Catat Komen