Hot Posts

6/recent/ticker-posts

ICSYVM3, NAIM DANIEL BUATKAN PENONTON TAK KERING GUSI



EPISOD 12 yang telah bersiaran pada 21 Jun lalu menampilkan Naim Daniel, pemenang Anugerah Juara Lagu 34 sebagai artis jemputan. 

Naim Daniel bukan sahaja berkebolehan dalam bidang nyanyian, malahan juga handal mencari bakat sebenar dalam kalangan peserta episod minggu tersebut.  

ICSYVMY3 mula mencipta fenomena apabila menerima hampir 3000 peserta di sesi uji bakat dan seterusnya berjaya mencecah jumlah penonton tertinggi iaitu 4.7 juta penonton (secara purata untuk 11 episod sebelum ini) berbanding musim-musim lalu. 

Sepanjang sesi rakaman episod-episod baharu ICSYVMY3 bahagian kedua ini, prosedur operasi standard (SOP) yang ketat dijalankan bagi memastikan keselamatan semua pihak yang terlibat. 

Kali ini, panel penyiasat tetap ICSYVMY3 iaitu Yusry Abdul Halim, Jihan Muse dan Mark Adam dilihat bergandingan dengan dua panel penyiasat jemputan, Fara Fauzana dan suami kepada Jihan Muse, Ungku Hariz. 

Episod kali ini dimeriahkan dengan keletah Naim Daniel dan beliau berjaya mencuit hati penonton apabila beliau telah menyingkirkan penyanyi misteri pertama, seorang pemain boling sekolah (Amirul Hakimi) yang bersuara lunak pada pusingan pertama. Nasihat Fara Fauzana yang diikuti oleh Naim pada pusingan ini ternyata salah.

Di pusingan kedua pula, kesemua panel turut sebulat suara dengan pilihan Naim untuk menyingkirkan penyanyi misteri ketiga, seorang jurujual pakaian sukan (Muhd Raziq) yang sebenarnya seorang penyanyi sebenar. 

Penyingkiran penyanyi misteri kelima pula, seorang penggemar sukan air (D. Muhd Shyukur) membuktikan bahawa kerjasama antara panel dan juga artis jemputan mampu mengenal pasti seorang penyamar bersuara sumbang. Keadaan menjadi gamat apabila semua terkejut setelah mendapat tahu bahawa penyanyi misteri ini sebenarnya anak saudara kepada Shuk, pengacara ICSYVMY3.

Pusingan ketiga menjadi riuh sekali apabila Yusry dengan yakin menyatakan penyanyi misteri kedua ialah seorang penyamar dan beliau lebih arif kerana beliau ialah ‘seorang penyanyi terkenal’. 

Naim sekali lagi tersilap langkah apabila beliau menyingkirkan penyanyi misteri keenam, seorang pemain sofbol (Shaszdan Amdshar) yang sebenarnya seorang penyanyi sebenar. Naim meragui Shaszdan kerana penampilan rambutnya yang agak unik. Di pentas penentuan, kesemua panel memberikan ‘standing ovation’ mendengarkan suara lunak Shaszdan.

Memasuki pusingan terakhir, penyanyi misteri kedua, seorang pemain badminton (Muhd Arif Aiman) telah disingkirkan kerana semua panel tidak percaya dengan kebolehannya menceburi sukan tenis. Persembahannya di pentas penentuan, sangat menghiburkan walaupun suaranya sangat sumbang. 

Akhirnya, pilihan duet Naim ialah seorang penggemar bola sepak (Nur Aiman Ridwan). Dari mula lagi Naim sangat yakin dengan pilihannya ini kerana perwatakan ‘humble’ penyanyi misteri ini berjaya mendapatkan kepercayaan kesemua panel dan Naim sendiri. 

Ternyata Naim Daniel bukan sekadar juara Anugerah Juara Lagu 34, beliau juga berkebolehan mengenal pasti bakat terpendam dalam diri orang lain. Hasil kebijaksanaan Naim di episod ini, Aiman telah berjaya merebut peluang untuk bersaing menjadi artis di bawah naungan Monkey Bone serta layak untuk merakamkan sebuah single.  

Jangan ketinggalan untuk terus menyaksikan episod seterusnya, ICSYVMY3 yang menampilkan Zizi Kirana sebagai artis jemputan, Ungku Ismail Aziz dan Siti Saleha sebagai panel penyiasat jemputan. 

ICSYVMY3 dihoskan oleh Shuk Sahar dan Sean LJE, menampilkan Digi Prepaid, "Kekal Aktif, Kekal Berinternet" sebagai penaja utama dan Oppo Reno4 Series, "Jelas Menampilkan Sisi Terbaik Anda" sebagai penaja bersama. 

Jangan ketinggalan untuk terus mengikuti episod seterusnya yang akan disiarkan bermula pada 28 Jun 2020, pukul 9.00 malam di TV3 dan strim live dalam definisi tinggi  di www.tonton.com.my


[KREDIT: TV3]

Post a Comment

0 Comments