Hot Posts

6/recent/ticker-posts

BAPAK, AZHAN RANI BUAT PENONTON MENANGIS



SETAHUN yang lalu pelakon Azhan Rani muncul dalam drama kekeluargaan mengangkat tema hari bapa terbitan Unit Drama TV RTM arahan Hisyamudin Ahmad berjudul Sesekali

Drama tersebut yang memaparkan nilai kasih sayang dan keikhlasan hati lelaki bernama Adeng lakonan Azhan Rani terhadap anak angkatnya, Wahyudi. Ia menerima reaksi baik penonton dalam drama yang turut dibintangi oleh Beto Kusyairi disiarkan RTM di TV2 itu. 


Tahun ini menerusi telefilem berjudul Bapak disiarkan RTM khas hari bapa menerusi TV1, lakonan Azhan Rani menyerlah dalam watak Zahari yang menonjolkan dirinya sebagai bapa yang dipandangan mata masyarakat tampak jahat tetapi sebenarnya menyembunyikan kebenaran demi anak-anak.   

Bergandingan dengan pelakon Dynas Mokhtar sememangnya tak perlu diperkatakan lagi, lakonan kedua-duanya ternyata menyumbang dalam menghidupkan jalan cerita telefilem arahan Amor Rizan ini.

Pengajarannya supaya setiap daripada kita jangan putus asa dan sentiasa bersabar meneruskan kehidupan walaupun diuji dengan pelbagai dugaan yang melibatkan ahli keluarga sendiri. 

Dibantu dua watak anak lakonan Elisya Sandha sebagai Sophia dan Ikmal Amry (Azrol) yang sangat baik dalam telefilem ini. Plot cerita ini mengisahkan pengorbanan seorang ayah yang terpaksa mencuri demi keluarganya. 

Watak bapak juga seorang yang terlalu baik dengan anak-anak dan isterinya walaupun isterinya derhaka terhadap dirinya. Sedikit demi sedikit dipaparkan jalan cerita pengorbanan seorang ayah kepada penonton.

Kisahnya bermula dengan menceritakan semenjak berkahwin dengan Rokiah, Zahari banyak berhutang. 10 tahun telah berlalu, Zahari kembali ke pangkuan isteri dan anak-anaknya. Namun kehadiran Zahari amat tidak disenangi oleh isterinya, Rokiah dan anak sulung mereka, Azrol. 

Hanya Sophia sahaja yang melayan bapanya dengan baik. Yang pasti, sejak Zahari kembali, kecoh kampung dengan kejadian kes pecah rumah yang semakin menjadi-jadi. Bukan Zahari yang mencuri tetapi Azrol. Apabila Azrol mahu dihantar ke balai polis, terbongkar selama ini, siapakah dalang dan pencuri sebenar hingga memaksa Zahari yang menanggung kesalahan tersebut.


[KREDIT: RTM]

Post a Comment

0 Comments