18 Mac 2020

SUKAN DAN PELANCONGAN DALAM GO FAST OR GO HOME


PROGRAM sukan dan pelancongan disatukan Radio Televisyen Malaysia (RTM) dalam program diberi tajuk Go Fast or Go Home yang memaparkan seorang hos melancong ke beberapa buah negara Asean. 

Di samping melancong beliau mengambil kesempatan belajar sukan tradisional negara berkenaan dan memasuki perlumbaan menentang pelumba-pelumba tempatan.

Disiarkan dalam enam episod mulai 19 Mac ini, setiap Isnin hingga Khamis, pukul 11.30 malam di TV1, hos Daniel Woodroof memulakan perjalanan melancong ke Ayutthaya, Thailand serta mempelajari dan berlumba dalam sukan bot panjang yang merupakan satu sukan tradisi kegemaran masyarakat yang tinggal di Ayutthaya. 

Seterusnya Daniel Woodroof Ke Tanah Datar, Padang, Sumatera Indonesia untuk melancong serta mempelajari dan menyertai pertandingan sukan Pacu Jawi satu pertandingan sukan tradisional lumba lembu di dalam sawah. 

Episod berikutnya dalam negara kita iaitu di Pulau Pinang, Daniel Woodroof memilih melakukan aktiviti untuk melancong di samping mempelajari cara-cara mendayung dan menyertai pertandingan perlumbaan bot naga.

Berikutnya dalam program sama, perlumbaan rakit buluh adalah antara sukan tradisi yang popular di Filipina. Hos Daniel Woodroof mengambil kesempatan untuk belajar dan seterusnya menyertai pertandingan perlumbaan rakit buluh sewaktu melancung ke sana. 

Kawasan berbukit tinggi Banaue menjadi destinasi hos Daniel Woodroof seterusnya semasa berada di Filipina. Banaue terkenal dengan permainan sukan lumba skuter menuruni bukit. Skuter di daerah ini dibuat hanya dari kayu dan menjadi sukan kegemaran masyarakat kaum asli di sana. 

Hos berkesempatan belajar menunggang skuter dan mengambil bahagian dalam pertandingan yang diadakan disamping mengenali budaya tempatan. 

Episod akhir penonton berpeluang mendekati dan mengikuti aktiviti masyarakat yang kehidupan sehariannya bergelumang dengan sawah padi jentera pembajak adalah sebahagian daripada keperluan. Bagi masyarakat pesawah di utara Thailand jentera ini bukan sahaja untuk kegunaan membajak sawah tetapi ada kalanya diubahsuai untuk tujuan perlumbaan. 

Dalam episod sama hos mengambil kesempatan sewaktu berada di Thailand untuk mempelajari menunggang jentera ini dan menyertai satu pertandingan yang di adakan disamping mencuba makanan tempatan.



GO FAST OR GO HOME
Bahasa: Inggeris        
Hari: Setiap Isnin hingga Khamis (Mulai 18 Mac) 
Masa: 11.30 malam 
Saluran: TV1
Terbitan: RTM      
Pengacara: Daniel Woodroof



[KREDIT: RTM]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan