Hot Posts

6/recent/ticker-posts

SELAMAT TINGGAL JAMBUS, TIADA REZEKI TERUS BERSAING DI MLM2019

[KREDIT FOTO: GempakDotCom]

KUMPULAN Jambus yang dianggotai oleh Tauke dan Tapai Kiut diumumkan sebagai peserta yang tersingkir dalam persaingan Maharaja Lawak Mega 2019, minggu kelima.

Penyingkiran itu sekaligus menyaksikan kumpulan  J-Born, Bocey, Zero, Smart, Rare, Stone, Rojak, Puteh dan Rahmet mara ke minggu seterusnya.

Peserta yang bertanding diadili barisan juri tetap yang terdiri daripada Najib Ali, Inul Daratista, Lisa Surihani dan Datuk Jamal Abdillah.


Pada minggu ini, kumpulan Smart sekali lagi memenangi anugerah Oppo Punchline Machine menerusi undian peminat. Manakala anugerah Flamintoz Kumpulan Paling Syok pula menajdi milik kumpulan Rare.

Program yang menampilkan Datuk AC Mizal sebagai hos itu  berlangsung di Royal Theatre Shah Alam dan disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Warna (132) dan Warna HD (124) pada setiap Jumaat. - 7KLIK

Post a Comment

0 Comments