11 Nov 2019

,

[CREDIT: Warner Bros Pictures]

Doctor Sleep
Bahasa: Inggeris
Pengarah: Mike Flanagan  
Pelakon: Ewan McGregor, Rebecca Ferguson, Kyliegh Curran, Carl Lumbly
Klasifikasi: 18
Genre: Seram
Durasi: 2 jam 32 minit
Tayangan:  7 November 2019
Edaran: Warner Bros Pictures





SINOPSIS

Filem adaptasi dariapda novel Stphen King dari tajuk yang sama ini mengisahkan tentang kejadian selepas tragedi yang menimpa keluarganya di Hotel Overlook, Danny berdepan trauma teruk dan menjadi seorang pemabuk sekali gus cuba mengurangkan kuasa psikik atau ‘shine’ yang dimilikinya semenjak kecil.

Namun selepas bertemu dengan Billy yang membantunya meninggalkan ketagihan dan mendapatkan pekerjaan, kehidupan Danny kembali stabil.

Danny yang bekerja di hospital digelar Doctor Sleep oleh para pesakitnya kerana sering menenangkan dan membantu mereka untuk ‘tidur’ buat selama-lamanya dengan kuasa psikiknya.


Danny mula mengenali seorang remaja perempuan, Abra Stone yang turut memiliki kuasa ‘shine’ sama sepertinya. Abra diburu kumpulan The True Knot yang menjejaki kanak-kanak berkuasa ‘shine’ bagi menumpang kuasa mereka untuk terus hidup selamanya.


,

ANTARA aktiviti yang bakal berlangsung sepanjang minggu ini. Jika berkelapangan dan tidak tahu apa nak buat, jom meriahkan acara-acara ini.

(Kepada anda di luar sana yang mahu menghebahkan acara-acara yang bakal dianjurkan di ruang Chillax ini, bolehlah emelkan poster dan info lengkap berkaitan acara tersebut ke emel:  7klikseven@gmail.com)






[TEATER: SEPET THE MUSICAL]




[SHOW: CAK KUN CAK MELAKA]




[SHOW: KONSERT  KARYA AGUNG PAK NGAH SUHAIMI  MOHD ZAIN BERSAMA ORKESTRA TRADISIONAL MALAYSIA DAN DATUK SITI NURHALIZA]




[TEATER: BAKA LIAR]




[TEATER: JALAN]




[EVENT: URBANSCAPES 2019]




[SHOW: PANGGUNG RAKYATA - PERSEMBAHAN TARIAN KUDA KEPANG ]




[SHOW: KONSERT ROCK TRI-O]




[EVENT: AUTOBIOGRAPHY OF REBEL THE INTELLECTUAL TRIBULATIONS OF KASSIM AHMAD]




[EVENT: TAWARIKH TALK MUNSHI ABDULLAH - LIKE ATAU UNFOLLOW]







9 Nov 2019

,

PELAKON Nadia Brian selamat begelar isteri kepada lelaki pilihannya, Muizz Nasruddin pada Sabtu.

Pasangan sama cantik, sama padan ini dinikahkan oleh Imam Masjid Al Ikhlas, Shah Alam, Muhammad Shahar Abidin.

Nadia atau nama lengkapnya, Najwa Mohamed Rashidi, 28, menerima mas kahwin berjumlah RM1,000 beserta wang hantaran sebanyak RM50,000. Sementara jumlah barangan hantaran pula ialah tujuh berbalas sembilan daripada pengantin perempuan.

Dalam pada itu, majlis pernikahan itu juga turut dihadiri Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin, yang juga bekas Menteri Belia dan Sukan, bersama isteri.

Tahaniah dan selamat pengantin baharu Nadia dan suami.

8 Nov 2019

,


BERLANGSUNG di perkarangan Pentas Terbuka Pasar Seni Kuala Lumpur pada 2 November lalu, Konsert Kenangan Lalu Kuala Lumpur (KLKL) 2019 pastinya memahat kenangan manis kepada orang ramai yang hadir menyaksikan konsert yang begitu bermakna buat warga KLfm dan pendengar setia stesen radio pilihan warga kota ini. 

Konsert KLKL 2019 menampilkan 15 artis terhebat tanah air yang mempersembahkan 15 lagu-lagu popular mereka yang suatu ketika dahulu sehinggalah sekarang, mewarnai perjalanan hidup warga kota.

Signifikan dengan sambutan 15 tahun segmen Kenangan Lalu Kuala Lumpur KLfm yang bersiaran setiap hari, bermula 4 petang hingga 8 malam, konsert ini juga bagi meraikan sambutan ulang tahun Radio KLfm ke-46 pada 5 November ini.

Sepanjang dua jam persembahan, rata-rata pengunjung tidak berganjak daripada tempat masing-masing malah turut bersama-sama menyanyikan lagu-lagu nostalgia era 80-an dan 90-an yang disampaikan oleh 15 artis terlibat.

Dengan konsep “mengimbau kenangan lalu”, konsert ini dimeriahkan dengan persembahan mantap artis-artis terkemuka tanah air yang telah mengangkat kegemilangan industri seni suara dan diiringi Kombo RTM.

Bermula dengan lagu rancak Bukalah Hatimu dendangan penyanyi Zarul Umbrella berjaya mencuri tumpuan ratusan warga kota dan pengunjung yang memeriahkan konsert terbuka ini. Menyusul Ifa Raziah dengan lagu popularnya, Ser Ser Ser yang menggamatkan suasana bila orang ramai turut menyanyi bersama-sama dengannya. 

Kemunculan Tomok New Boyz menggamit kenangan dengan lagu berhantu Sejarah Mungkin Berulang yang telah mengangkat nama dan kumpulan muzik dianggotainya dalam industri seni tanah air. Seterusnya giliran penyanyi Ruhil Amani mengubat kerinduan peminat dengan lagu Kawan, popular sekitar tahun 80-an.

Irama lagu Dikir Rambong menyaksikan kemunculan penyanyi Roy Kapilla yang menerima tepukan gemuruh orang ramai malah penonton nyata terhibur dengan nyanyian dan aksi beliau di atas pentas.




Nostalgia kegemilangan lagu Angan-Angan dihidupkan penyanyi Raja Ema kemudiannya diikuti persembahan ditunggu-tunggu oleh pelakon dan juga penyanyi Kazar Saisi dengan lagu Memburu Impian. 

Penyanyi Safura pula yang mengenakan pakaian tona warna merah menonjol dengan lagu Sedalam Mana Cintamu, Ezad Lazim berjaya membangkitkan memori lagu Alasanmu, diikuti Fauziah Latiff menyerlah dengan medley dua lagu pilihannya, Teratai Layu Di Tasik Madu dan Hari Yang Istimewa.

Persembahan dihangatkan dengan kemunculan penyanyi Elly Axl mengusai pentas dengan gaya penyampaiannya yang tersendiri menyampaikan lagu hits Andai Dapat Ku Undurkan Masa yang turut sama dinyanyikan penonton yang hadir. 

Tidak kurang hebatnya aura dibawakan penyanyi Ramlah Ram dalam lagu Siapa Yang Bersalah, begitu juga Fredo membuai perasaan penonton dengan lagu Mengapa Perpisahan Kau Pinta.

Irama indah bait-bait lagu nyanyian Datuk Khadijah Ibrahim menerusi medley lagu Ku pendam Sebuah Duka dan Ku Gembira Di Sampingmu antara persembahan yang pastinya tidak dapat dilupakan penonton yang menyaksikan konsert ini. 

Lagu Takdir dan Waktu disampaikan Rahmad Mega menjadi persembahan penutup konsert yang berakhir sekitar pukul 11 malam ini. 

Dikendalikan oleh DJ utama Segmen KLKL KLfm iaitu gandingan DJ Zulastree dan DJ Anisma, persembahan selingan dengan kemunculan barisan pelawak hebat iaitu Angeline Tan, Satheeya, Caca dan Abon nyata mencuit hati penonton yang memeriahkan Pasar Seni Kuala Lumpur.


[CREDIT: RTM]

4 Nov 2019

,

ANTARA aktiviti yang bakal berlangsung sepanjang minggu ini. Jika berkelapangan dan tidak tahu apa nak buat, jom meriahkan acara-acara ini.

(Kepada anda di luar sana yang mahu menghebahkan acara-acara yang bakal dianjurkan di ruang Chillax ini, bolehlah emelkan poster dan info lengkap berkaitan acara tersebut ke emel:  7klikseven@gmail.com)





[EVENT: HERO MALAYSIA SUMMIT 2019 ]




[EVENT: FALSAFAH DAN PEMIKIRAN SENIMAN TAN SRI P. RAMLEE ]




[TEATER: NATRAH ]




[TEATER: TEATER SYAJAR]




[EVENT: MESRA PEMUISI @PANGKOR]




[SHOW: CHELSIA NG SHOWCASE @BOBOKL]




[TEATER: THRONE OF MONOLOGUE ]




[EVENT: DISKUSI MENENUN CERITA SITI ZAINON]




[EVENT: TAYANG DAN BINCANG - CHUCHU DATOK MERAH ]




[EVENT: SEMBANG SENI ART DISCOURSE]