Hot Posts

6/recent/ticker-posts

KISAH TRAGIS, TRAIN TO BUSAN


RTM bakal menyiarkan filem seram Korea terkenal, Train To Busan kepada penonton saluran TV2 pada 26 Januari ini, pukul 10.00 malam. 

Kisah yang dihiasi dengan cerita tragis cinta dan kasih sayang seorang ayah terhadap keluarganya terutama pada anak perempuannya ini menyaksikan lakonan mantap oleh Gong Yoo sebagai ayah bernama Seok Woo, Ma Dong Seok watak Sang Hwa dan pelakon cantik Jung Yu Mi yang melakonkan watak isteri yang sedang hamil bernama Sung Gyeong dan ramai lagi dalam filem thriller menarik ini. 

Filem ini bermula dengan cerita keluarga, Seok Woo, merupakan seorang ayah yang berpisah dengan isterinya dan tidak mempunyai banyak masa untuk Soo An, anak perempuannya. Justeru apabila tiba hari jadi anaknya itu, dia meminta ayahnya pergi ke Busan untuk bertemu dengan ibunya. 

Mereka kemudiannya memutuskan menaiki keretapi untuk ke Busan. Tetapi ternyata terdapat wabak virus yang berlaku merebak dengan cepat di Korea Selatan dan menyebabkan manusia yang dijangikit virus itu bertukar menjadi mayat hidup. 




Sebuah kereta api KTX bergerak ke arah Busan dinaiki mereka ternyata telah dicerobohi oleh seseorang yang telah dijangkiti oleh virus ini.

Secara perlahan-lahan dalam diam individu itu menjadi mayat hidup dan menjangkiti semua orang dalam kereta api melalui gigitannya. Setelah itu jumlah penumpang kereta api yang berubah menjadi mayat hidup semakin bertambah ramai. 

Hampir semua gerabak kereta api dikendalikan oleh mayat hidup kecuali satu gerabak yang dipenuhi oleh beberapa mangsa. Mereka yang tinggal belum dijangkiti ini kemudian hidup semula sebagai mayat hidup. Bukan itu sahaja, serangan berterusan sehingga pemandu kereta api yang juga mendapat gigitan mayat hidup cuba untuk menghentikan kereta api tersebut.

Para penumpang kereta api yang masih hidup cuba bersatu untuk bertahan hidup hingga membolehkan mereka sampai dengan selamat ke Busan yang masih aman dari serangan mayat hidup. Lalu apakah kesudahannya? 



TRAIN TO BUSAN
Bahasa: Korea
Tarikh Siaran: 26 January 2019
Hari: Jumaat 
Masa: 10 Malam
Saluran: TV2    
Pelakon: Gong Yoo, Seok Woo, Ma Dong Seok, Jung Yu Mi


[KREDIT: RTM]

Post a Comment

0 Comments