Hot Posts

6/recent/ticker-posts

[TAKZIAH] PELAKON GERAK KHAS, NIZEN AYOB MENINGGAL DUNIA


PELAKON Nizen Ayob, 33,  dilaporkan telah meninggal dunia sekitar pukul 11.55 pagi Isnin di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.

Difahamkan pelakon yang cukup dikenali menerusi drama kepolisan Gerak Khas mengalami kegagalan fungsi buah pinggang sehingga membawa kepada kematiannya.

Berita sedih ini dikongsikan rakan pelakon Sheera Iskandar dan Salina Saibi di laman Instagram masing-masing sebentar tadi.

Nizen sebelum ini dikatakan pernah mendedahkan dirinya telah disihir pihak bertanggungjawah menerusi pengkongsian di laman Instagramnya.

Alfatihah dan salam takziah dari kami di 7Klik.com untuk seisi keluarga Allahyarham. 

Post a Comment

0 Comments