Hot Posts

6/recent/ticker-posts

SISSY IMANN, NO. 1 DI KONSERT BIG STAGE MINGGU PERTAMA


KONSERT Big Stage telah pun bermula pada minggu ini dengan menyaksikan persembahan 10 Budak-Budak Baru Nak UP (BBNU).

Mereka terdiri daripada Sissy Imann, Afieq Shazwan, Tajul, Andi Bernadee, Ariff Bahran, Syafiq Farhain, Baby Shima, Fara Hezel, Sarah Suhairi dan Wani Kayrie.

Pada minggu pertama ini, Sissy Imann menerusi lagu yang pernah menaikkan namanya, Mungkin Kamu telah mendapat markah tertinggi iaitu sebanyak 90.27% sekaligus meletakkan dirinya pada kedudukan pertama pada minggu ini.

Diikuti dengan Andi Bernadee dan Sarah Suhairi yang berjaya mencatat jumlah markah yang sama dengan 89.33%.

Kesemua  peserta diadili juri tetap Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Faizal Tahir, selain juri jemputan Noh Hujan.




KEDUDUKAN KONSERT MINGGU PERTAMA  BIG STAGE

1. Sissy Imann - 90.27%
2. Andi Bernade - 89.33%
3. Sarah Suhairi - 89.33%
4. Wani Kyrie - 89.17%
5. Afieq Shazwan - 82.33%
6. Syafiq Farhan - 79.67
7. Fara Hezel - 76.67%
8. Tajul - 70.50%
9. Ariff Bahran - 69.67
10. Baby Shima - 66.67


Post a Comment

0 Comments