7 Mac 2018

INTERNAL AFFAIRS ANDY LAU, TONY LEUNG


IKUTI kisah penyiasatan dan pertarungan antara polis dengan kumpulan kongsi gelap dalam “Infernal Affairs” mengisi slot Golden Dragon bakal disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM), pada 8 Mac ini, pukul 9.30 malam di TV2.

Filem berdurasi 2 jam 30 minit ini menampilkan barisan pelakon hebat seperti Andy Lau, Tony Leung, Anthony Wong, Eric Tsang dan ramai lagi. Mengetengahkan kisah dua orang perisik yang dilatih untuk mencungkil maklumat daripada pasukan polis dan kumpulan kongsi gelap yang paling berpengaruh.

Chan Wing-yan, seorang anggota polis yang ditugaskan untuk menjadi perisik dalam kumpulan kongsi gelap yang diketuai Hon Sam manakala Lau Kim Ming merupakan perisik dalam pasukan polis. Chan akan menyalurkan maklumat tentang kumpulan kongsi gelap dan Lau akan berbuat sebaliknya. 

Sementara itu, Superintendent Wong Chi-sing dan pasukannya berjaya menggagalkan urusan jual beli dadah Hon Sam dengan pengedar dari Thailand selepas menerima maklumat dari Chan. Namun Lau juga sempat memberi amaran kepada Hon Sam. Selepas insiden itu, Wong dan Hon masing-masing mengesyaki terdapat musuh dalam selimut dalam pasukan mereka. Mereka mula menyiasat identiti pembelot itu. 

Lau ditugaskan untuk mencari perisik dalam pasukan polis. Chan ternampak Hon sedang berbual dengan Lau tetapi dia tidak dapat melihat dengan jelas. Dia cuba mengekori Lau untuk memastikan identitinya, namun dia terhenti kerana panggilan telefon. 

Kedua-dua mereka semakin tertekan untuk merahsiakan identiti masing-masing. Chan mula hilang kepercayaan kepada dirinya sebagai anggota polis selepas terlibat dengan kumpulan kongsi gelap selama 10 tahun, sementara Lau semakin terbiasa dengan hidup sebagai anggota polis dan mahu menghapuskan sisi gelapnya. 

Apakah yang akan dilakukan oleh Chan dan Lau untuk menyelamatkan diri mereka? Adakah identiti mereka sebagai perisik akan terbongkar? Saksikan kesudahan filem yang sarat dengan aksi ini hanya di TV2. 


Internal Affairs
Tarikh Siaran: 8 Mac 2018
Hari: Khamis
Masa: 9.30 Malam 
Saluran: TV2
Arahan: 
Pelakon: Andy Lau, Tony Leung, Anthony Wong, Eric Tsang 

Tiada ulasan:

Catat Komen