6 Mac 2018

DOMINASI ZIZAN RAZAK DALAM PENCALONAN AKHIR AME 2018


PELAWAK, pelakon dan pengacara Zizan Razak menguasai pencalonan akhir Anugerah MeleTOP ERa 2018 (AME 2018) apabila tercalon untuk empat kategori, selain filem lakonannya, Abang Long Fadil 2 yang turut tersenarai sebagai Filem MeleTOP.

Sementara Zul Ariffin, Siti Nordiana dan Jep Sepahtu turut menyerlah dengan pencalonan kedua terbanyak pada penganjuran edisi kelima ini.

Senarai penuh pencalonan akhir ‘Top 5’ bagi 16 kategori pencalonan yang dipertandingkan untuk anugerah pilihan penonton, ‘AME 2018’ sudahpun dikenal pasti setelah talian undian fasa pertama ditutup secara rasmi pada 23 Februari lalu.

Acara gilang gemilang yang bakal diacarakan Nabil Ahmad dan Neelofa ini dipancarkan secara langsung dari Axiata Arena, Bukit Jalil pada hari Ahad, 8 April 2018, jam 9.00 malam secara eksklusif di empat buah saluran utama iaitu Astro Ria (104), Astro Prima (105), Astro Ria HD (123) dan Astro Maya HD (134). 

Ia turut boleh diakses secara live streaming menerusi YouTube di saluran ‘MeleTOP’ serta perkhidmatan Astro Go, NJOI Now dan on demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Namanzee Harris, Ketua Strategi Kandungan & Inovasi Astro

“Saban tahun penganjuran AME sentiasa mengundang sudut persepsi berbeza yang diambil secara membina untuk meletakkan jenama ini di tanda aras yang cemerlang. 
Menginjak tahun kelima, segala perancangan dan penelitian sudahpun memasuki fasa terakhir bagi memastikan acara ini berlangsung gilang gemilang seperti yang dirancang. 
"Pakej kandungan pengisian yang padat dan penuh kejutan sudahpun dirangka untuk memberikan impak paling mendalam kepada bukan sahaja penerima anugerah yang dipertandingkan serta penggiat seni tanah air tetapi juga jentera peminat hiburan yang merupakan tunjang utama di sebalik kejayaan AME selama ini.”



Pengurus Kandungan ERA, Dhan Andreas
“Seperti tahun-tahun berikut, ERA akan mengekalkan momentum sebagai rangkaian radio dan digital yang akan menyajikan hiburan dan informasi berguna kepada pendengar bagi AME 2018. 
"Kami amat berbesar hati dengan penglibatan kami dalam mengetengahkan penyanyi-penyanyi berbakat, dan melihat nama-nama besar kali ini, kami yakin pemilihan pemenang kali ini pasti memberikan debaran yang hebat kepada penonton.”
Undian fasa kedua untuk menentukan pemenang akhir untuk setiap kategori boleh dibuat menerusi laman web rasmi di www.anugerahmeletopera.com.my, aplikasi ERA dan Raku serta melalui kiriman SMS bermula 6 Mac 2018, jam 6.00 petang hingga 8 April 2018, jam 12.00 tengahari. 




Senarai Penuh Pencalonan Akhir AME 2018

Lagu MeleTOP
1. Bayang (Khai Bahar)
2. Dirgahayu (Datuk Siti Nurhaliza & Faizal Tahir)
3. Jampi (Hael Husaini)
4. Nakal Nakal Nakal (Ayda Jebat)
5. Tergantung Sepi (Haqiem Rusli)


Filem MeleTOP
1. Abang Long Fadil 2
2. Bisik Pada Langit
3. J Revolusi
4. Kimchi Untuk Awak
5. Tombiruo: Penunggu Rimba


Hos MeleTOP
1. Alif Satar
2. Dato’ AC Mizal
3. Jihan Muse
4. Nabil Ahmad
5. Siti Nordiana


Fesyen MeleTOP
1. Fattah Amin
2. Neelofa
3. Nurfazura
4. Syafiq Kyle
5. Zizan Razak


Penyanyi MeleTOP
1. Ayda Jebat
2. Hael Husaini
3. Haqiem Rusli
4. Khai Bahar
5. Siti Nordiana


Bintang Filem MeleTOP
1. Janna Nick
2. Nur Fazura
3. Zizan Razak
4. Zul Ariffin (J Revolusi)
5. Zul Ariffin (Tombiruo)


Couple MeleTOP
1. Sharnaaz Ahmad & Noor Nabila
2. Akim Ahmad & Stacy
3. Amyra Rosli & Amar Baharin
4. Jep Sepahtu & Sariyanti
5. Mia Ahmad & Izham Tarmizi


Si Cilik MeleTOP
1. Aaisyah Dhia Rana
2.  Arif Jiwa Asyraf
3. Lara Alana
4. Syeriv Samheizy
5. Yusuf Iskandar

Pelakon TV MeleTOP
1. Fattah Amin
2. Neelofa
3. Siti Nordiana
4. Syafiq Kyle
5. Zul Ariffin


Program MeleTOP
1. Gegar Vaganza 4 (Minggu 1)
2. Gema Gegar Vaganza
3. Maharaja Lawak Mega 2017
4. Sepahtu Reunion Live 2017
5. Tazkirah Malam Jumaat


Artis Baharu MeleTOP
1. As’ad Motawh
2. Farah Nabilah
3. Fendy Bakry
4. Hannah Delisha
5. Wany Hasrita


Artis Lawak meleTOP
1. Fikry Ibrahim
2. Jep Sepahtu
3. Kamal Adli
4. Sharifah Sakinah
5. Zizan Razak


Penyampai Radio MeleTOP
1. DJ Lin
2. Fad
3. Jep
4. Johan
5. Radin


Grup Duo MeleTOP
1. Akim & The Majistret
2. Caliph Buskers & Faizal Tahir
3. Datuk Seri Siti Nurhaliza & Faizal Tahir
4. Tajul & Wany Hasrita
5. Zizan Razak & SonaOne


Drama MeleTOP
1. Cekelat Semanis Honey
2. Hero Seorang Cinderella
3. Mencintaimu Mr Photographer
4. Red Velvet
5. Titian Cinta


Program Radio MeleTOP
1. Johara Pagi Era
2. Petang Era
3. Santai Sinar
4. Super 40 Era
5. Suria Cinta


[KREDIT FOTO: ASTRO]

Tiada ulasan:

Catat Komen