14 Dis 2017

[TAKZIAH] PELAKON LATIFF BORGIBA MENINGGAL DUNIA


PELAKON veteran, Latiff Borgiba telah meninggal dunia pada usia 80 tahun di kediamannya hari ini akibat tua. Allahyarham meninggalkan seorang balu, Fatimah Leman dan 16 orang anak.

Beliau dilahirkan di Bangkok Thailand dengan nama penuh Abdul Latiff T. K Gomu Kakah pada tahun 1937 ini cukup sinonim dengan watak-watak antagonis yang meninggalkan impak yang cukup besar kepada penonton.

Jenazah allahyarham dijadualkan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Taman Ibu Kota, Setapak, Kuala Lumpur sekitar 10 malam ini.

Salam Takziah dari kami di Read8SpaceDotCom dan semoga dipermudahkan perjalanan allahyarham ke sana. Amin. 

Tiada ulasan:

Catat Komen