Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Lebih 10,000 sertai Jakel Charity Run For Rohingya Kuala Lumpur 2017


JAKEL, Pusat Gedung Tekstil terbesar Malaysia buat julung kalinya menganjurkan aktiviti berbentuk gaya hidup sihat berkonsepkan larian sebelum berlabuhnya tirai kalendar 2017.

Jakel Charity Run For Rohingya Kuala Lumpur 2017 edisi pertama ini telah berjaya menerima sambutan yang sangat menggalakkan daripada peserta seluruh negeri dengan 7,000 penyertaan, dan 3,000 daripadanya adalah terdiri daripada orang ramai yang datang menyaksikan acara gemilang ini.




CHARITY RUN

Isu keganasan dan penindasan yang dialami oleh etnik Rohingya menyebabkan golongan ini menderita kesengsaraan. Ada antara mereka yang tidak mempunyai tempat berteduh dan kekurangan sumber makanan akibat kepincangan dan serangan yang dialami oleh mereka.

Oleh itu Jakel terpanggil untuk membuka kesedaran masyarakat dengan mengadakan misi bantuan kemanusiaan ini bagi mengurangkan bebanan dan penderitaan yang dialami oleh etnik Rohingya.

Lanjutan daripada itu, Jakel mengambil inisiatif dengan menganjurkan Jakel Charity Run For Rohingya Kuala Lumpur 2017. Penganjuran aktiviti larian ini juga merupakan salah satu program tanggungjawab sosial korporat (CSR) dimana hasil daripada bayaran pendaftaran akan disalurkan 100% sepenuhnya kepada mangsa pelarian masyarakat Rohingya.

Penganjuran larian amal ini telah berjaya mengumpul nilai sumbangan berjumlah RM700,000 hasil daripada kutipan pembayaran pendaftaran penyertaan peserta larian, sumbangan daripada Jakel Trading Sdn Bhd beserta daripada para penaja akan diberikan sepenuhnya dan diserahkan secara terus kepada mangsa pelarian masyarakat Rohingya di Bangladesh.

Sumbangan tersebut juga akan dibawa dan dihantar sendiri oleh pihak pengurusan tertinggi Jakel kepada masyarakat Rohingya di Bangladesh.

Ini jelas menunjukkan bahawa Jakel bukan hanya menjalankan perniagaan sahaja malah terpanggil untuk mengadakan misi kemanusiaan dengan menyediakan platform untuk orang ramai menyumbangkan sumbangan kepada etnik Rohingya.




LARIAN & HADIAH

Pengarah Urusan Kumpulan Jakel, Datuk Haji Mohamed Faroz Mohamed Jakel bersama Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Jakel, Datuk Mohamed Nizam Mohamed Jakel, telah melepaskan para peserta kategori 10KM pada jam 7:00 pagi di Jakel Mall terlebih dahulu sebelum melepaskan para peserta kategori 5KM pada jam 7:15 pagi.

Larian 10KM akan bermula dan berakhir di Jakel Mall membawa kesemua peserta merentas laluan bandaraya Kuala Lumpur dengan melalui beberapa jalan utama yang merangkumi Jalan Munshi Abdullah, Jalan Dang Wangi, Jalan Kuching, Lebuhraya Sultan Iskandar, Jalan Parlimen, Jalan Sultan Salahuddin, Jalan Dato’ Onn, Jalan Parlimen, Jalan Tun Perak sebelum berakhir di hadapan Jakel Mall KL.

Manakala peserta kategori 5KM ini akan memulakan larian di hadapan Jakel Mall KL dan melalui jalan utama di sekitar Bandaraya Kuala Lumpur antaranya Jalan Dang Wangi, Jalan Ampang, Jalan Sultan Ismail, Jalan Kuching, Jalan Tun Perak dan menamatkan larian di hadapan Jakel Mall KL.

Kesemua para peserta yang menyertai Jakel Charity Run For Rohingya Kuala Lumpur 2017 telah menerima barangan 'Race Pack' berbentuk sebuah bag di mana di dalamnya dilengkapi T-shirt, Botol air, Nombor bib, baucar makanan, tuala muka (1000 penyertaan yang terawal) dan lain-lain.

Acara gemilang ini menawarkan hadiah lumayan dengan nilai keseluruhan melebihi RM250,000 termasuh hadiah wang tunai dan hadiah-hadiah penajaan yang lain untuk dibawa pulang oleh para peserta. 

Pemenang bagi kategori 10KM untuk kedua-dua Terbuka Lelaki &Wanita membawa pulang wang tunai bernilai RM5,000 untuk hadiah tempat pertama, RM3,000 untuk hadiah tempat kedua, dan pemenang hadiah tempat ketiga adalah RM2,000.

Pemenang tempat keempat dan kelima bakal membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM1,500 dan RM1,000. Manakala bagi pemenang tempat keenam sehingga tempat kesepuluh masing-masing menerima hadiah wang tunai bernilai RM800 setiap seorang.

Hadiah saguhati turut diberikan kepada 50 orang pemenang (25 orang pemenang peserta lelaki dan 25 orang pemenang peserta perempuan) berupa seutas jam tangan berjenama Ice Watch bernilai RM369.

Manakala peserta untuk kategori 5KM bagi kedua-dua Terbuka Lelaki & Wanita membawa pulang wang tunai bernilai RM3,000 untuk hadiah tempat pertama, RM2,000 untuk hadiah tempat kedua, dan pemenang hadiah tempat ketiga adalah RM1,000.

Pemenang tempat keempat sehingga tempat kesepuluh masing-masing menerima hadiah wang tunai bernilai RM500 setiap seorang. Hadiah saguhati turut diberikan kepada 50 orang pemenang (25 orang pemenang peserta lelaki dan 25 orang pemenang peserta perempuan) berupa seutas jam tangan berjenama Ice Watch bernilai RM369.

Larian amal ini juga dimeriahkan lagi dengan tawaran hadiah cabutan bertuah, dimana hadiah utamanya ialah sebuah motosikal berjenama YAMAHA Avantiz, pakej percutian 3H 2M ke Bali, 7 pasang kasut sukan berjenama Asics, dan jam tangan berjenama Ice Watch. Terdapat juga hamper barangan tajaan daripada para penaja Jakel Charity Run For Rohingya Kuala Lumpur 2017.




TETAMU & SELEBRITI

Larian yang telah berakhir sekitar jam 8:30 pagi telah diteruskan dengan acara pentas untuk penyampaian hadiah dan cenderamata kepada para peserta larian dengan menampilkan Dee Jangan Ketawa dan Fara Fauzana selaku pengacara.

Jakel Charity Run For Rohingya Kuala Lumpur 2017 diseliakan oleh The Equip Management dan ditanggung sepenuhnya oleh Jakel telah diserikan dengan kedatangan tetamu kehormat iaitu Tan Sri Dato’ Sri Ismee bin Ismail; Pengerusi Kumpulan Media Prima Berhad.

Larian amal yang pertama dan terbesar dianjurkan oleh syarikat tekstil negara ini turut dihangatkan  lagi dengan persembahan nyanyian daripada Ayda Jebat dan Caprice dan dimeriahkan dengan penampilan selebriti tanah air antaranya pasangan Scha Alyahya & Awal Ashaari dan Hanis Zalikha & Hairul Azreen, pelakon dari filem Makrifat Cinta serta instafamous yang lain.





ULANGTAHUN JAKEL KE-10 TAHUN

Penganjuran larian ini juga mencipta sejarah tersendiri kerana Jakel merupakan syarikat tekstil yang pertama di dalam negara menganjurkan aktiviti sihat disamping meraikan ulangtahun Jakel ke-10 tahun bertapak di Kuala Lumpur dalam menjalankan operasi perniagaan retail.

Menjadi trademark “Ingat Kain Ingat Jakel”, citarasa dan kehendak pelanggan adalah keutamaan yang terpenting dalam operasi perniagaan. Jakel merupakan trendsetter, tidak mahu melepaskan peluang untuk turut serta menganjurkan acara hebat ini disertai dengan kepelbagaian aktiviti sebagai medium untuk mengumpulkan para pelanggan setia Jakel yang tidak berhenti menyokong berbelanja di Jakel. 

Pada masa yang sama juga, program sebegini memberi peluang dan ruang kepada Jakel untuk lebih mendekati pelanggan yang sentiasa menyokong perniagaan Jakel sepanjang bertapak di Malaysia.



PENAJA

Lebih membanggakan, Jakel Charity Run for Rohingya Kuala Lumpur 2017 dicergaskan dengan minuman isotonic 100 plus selaku penaja rasmi minuman isotonik bagi acara larian ini. Selain daripada itu, penganjuran yang pertama kali ini diadakan oleh Jakel ini turut mendapat sokongan pelbagai jenama besar antaranya daripada rakan media antaranya Kumpulan MEDIA Prima Bhd, Kumpulan Utusan dan yang lain-lain serta para bloggers.

Institut perbankan terkemuka negara antaranya RHB Islamic Bank Bhd dan Affin Bank Bhd, Syarikat pakaian dan barangan sukan Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd, Syarikat pengeluar barangan perhiasan diri Habib Jewel Sdn Bhd, Syarikat pembangunan struktur hartanah CONLAY serta Syarikat barangan kosmetik wanita AVON Cosmetics (M) Sdn Bhd dan Simplysiti. 

Jakel Charity run ini juga mendapat tajaan daripada Syarikat Dynamic AA Travel & Tours dengan
memberikan hadiah utama untuk cabutan hadiah berupa sebuah motorsikal berjenama YAMAHA Avantiz (125cc).

Penganjuran larian amal penuh bersejarah ini juga turut diberi tajaan daripada syarikat-syarikat luar seperti KPJ Helathcare Bhd, Syarikat minuman berkhasiat seperti Yakult dan Vitality Boost Sdn Bhd. 

Tidak ketinggalan juga penajaan daripada LULU Hypermarket & Department Store, Agen Perlancongan daripada WSF Travel Sdn Bhd, Syarikat pengeluar makanan kesihatan Marathon Baker, serta syarikat pengiklanan daripada AdPro Solution Advertising & Marketing, juga Netqlix Sdn Bhd dan tajaan daripada butik pakaian Schawal Store serta penaja makanan daripada Soulmate Café.


MEDIA SOSIAL

Bagi mengetahui dengan lebih lanjut mengenai acara besar ini, anda boleh ikuti kami di media sosial instagram Jakel di @jakeltextile dan juga Facebook @GedungTekstilJakel.


Mengenai Kumpulan Jakel
Kumpulan Jakel (Jakel) ditubuhkan 32 tahun yang lalu oleh Mohamed Jakel Ahmad di Muar, Johor dengan hanya dua orang pembantu. Dimiliki sepenuhnya oleh usahawan Bumiputera, Jakel bermula sebagai pembekal fabrik yang berurusan dengan peniaga-peniaga kecil di kawasan mereka. 
Mengorak langkah pertama berpindah ke Segamat pada 1985 yang diikuti dengan tambahan modal berbayar sebanyak RM30,000 telah menukar perniagaan Jakel kepada sebuah peruncit.
Walaupun krisis ekonomi melanda negara pada tahun 1996, perniagaan Jakel bertambah maju dan ini membuktikan bahawa usahawan Bumiputera juga mampu bersaing dan maju dalam perniagaan yang dahulunya dimonopoli oleh pihak lain.
Pada tahun 1997, Jakel mengambil langkah berani dengan mengimport terus fabrik daripada pembekal yang membolehkan syarikat ini menawarkan harga yang berpatutan kepada para pelanggan. 
Hari ini, Jakel memiliki 21 cawangan yang boleh didapati di setiap pelusuk Semenanjung Malaysia dan menyediakan lebih 5,000 peluang pekerjaan di seluruh negara. 
Dengan slogan, “Ingat Kain, Ingat Jakel”, JAKEL Mall Kuala Lumpur menawarkan kesemuanya di bawah satu bumbung, daripada pakaian tradisional untuk seluruh keluarga, busana pengantin, langsir, aksesori renda, kemasan rumah, koleksi tudung Ariani hinggalah kepada rekaan corak tertentu serta perkhidmatan tempahan jahitan.

[KREDIT : Jabatan Promosi  & Pengiklanan Jakel Trading Sdn Bhd]

Post a Comment

0 Comments