MENJELANG Ramadan tahun ini, DoubleTree by Hilton Kuala Lumpur menjemput para tetamu untuk menikmati kehangatan tradisi melalui Santapan Lagenda di Makan Kitchen. Pengalaman ini bukan sekadar bufet, tetapi satu momen bermakna untuk menyelami warisan kulinari Malaysia, seni masakan terbuka, dan keindahan berkumpul di meja makan bersama keluarga dan sahabat untuk berbuka puasa.
Santapan Lagenda membawa tetamu menelusuri perjalanan rasa dan keakraban, diinspirasikan oleh resepi kampung klasik serta pengalaman memasak secara bersama.
Aroma rendang yang sedang dimasak perlahan, bunyi desisan daripada panggangan terbuka, dan warna-warni hidangan dari pelbagai negeri, menjadikan setiap sajian satu pengalaman yang menghidupkan nostalgia dan warisan kulinari.
Setiap hidangan diolah dengan penuh teliti oleh chef-chef terlatih, menggambarkan semangat komuniti, kehangatan warisan, dan keberkatan bulan Ramadan.
Dari sajian kawah yang memikat hingga aksi 'carving' yang memukau, Makan Kitchen dihiasi dengan kehangatan momen berbuka puasa bersama, menyambungkan tetamu dengan memori zaman kanak-kanak, tradisi tempatan, dan layanan hospitaliti bertaraf antarabangsa.
Dalam semangat memberi, RM1 daripada setiap pembelian akan disalurkan kepada Kechara Soup Kitchen, sebagai langkah kecil untuk menyokong komuniti setempat.
Sorotan Santapan Lagenda di Makan Kitchen
Bufet ini berlangsung dari 18 Februari hingga 19 Mac 2026, setiap hari dari jam 6.30 petang hingga 10 malam.
Menu dari Ahad hingga Rabu menampilkan hidangan klasik termasuk Whole Kambing, Musang King Fritters, Australian Lamb Neck Rendang, Beef Short Ribs Rendang, Sup Kawah Istimewa Chef Zul, Ikan Barramundi Stim Ala Nyonya, Kashmiri Braised Australian Lamb, Ayam Golek Berempah, dan Seafood Dum Briyani.
Manakala pada hari Khamis hingga Sabtu, bufet bertambah menarik dengan tambahan hidangan istimewa untuk memberikan variasi rasa yang lebih luas seperti Beef Hammer dengan Rojak Glaze, Seafood Okonomiyaki dengan Bonito Flakes, Hirami Oyster Chawan Mushi dengan Dashi Broth, Lobster Roll bersama sambal mayonnaise, Sambal Udang Galah Dengan Petai, serta stesen aiskrim live.
Santapan Lagenda merupakan gabungan keindahan warisan dan teknik masakan terbuka, di mana rasa legendaris, layanan mesra, dan detik dikongsi bersama menyatu dalam semangat Ramadan.
Bagi mereka yang menempah lebih awal, terdapat diskaun khas, dan ahli Hilton Honors juga layak menerima potongan mengikut tahap keahlian.
Selain itu, DoubleTree by Hilton Kuala Lumpur turut menawarkan pakej stay-and-dine yang merangkumi sahur dan makan malam, sesuai untuk pengalaman Ramadan yang penuh makna dan selesa.
- 7KLIKARTIKEL LAIN:
0 Comments