Hot Posts

6/recent/ticker-posts

DATUK JALALUDIN NIKAH ESOK


TAHNIAH dari kami di Read8SpaceDotCom buat Datuk Jalaludin Hassan yang bakal berkahwin buat kali kedua pada hari ini bersama wanita pilihan hatinya, Rapidah Abd Ghani.

Majlis akad nikah pasangan ini akan dilangsungkan pada jam 10.00 pagi esok di sebuah masjid di Cheras.

Datuk Jalaludin yang hidup menduda setelah kematian isterinya, Datin Hashimah Mad Ehsan, setahun yang lalu ini khambarnya berkenalan dengan Rapidah yang berstatus ibu tunggal menerusi Facebook.

Kata Datuk Jalal, tiada apa yang lebih menggembirakan dirinya apabila perkahwinan kali keduanya ini mendapat restu sepenuhnya daripada keluarga dan anak-anak yang ingin melihat dia hidup bahagia.

Sama-samalah kita mendoakan majlis ijabkabul yang bakal berlangsung lebih kurang dua jam lagi ini akan berjalan dengan lancar dan semoga perkahwinan yang dibina berkekalan sehingga ke jannah. Aminnn..

Selamat Pengantin Baru Datuk!!!   

Post a Comment

0 Comments