Hot Posts

6/recent/ticker-posts

DATUK JALALUDIN, KEMBALI BERGELAR SUAMI


PELAKON terkenal, Datuk Jalaludin Hassan, 63, kembali bergelar suami apabila selamat menikahi wanita pilihannya, Rapidah Abd Ghani, 44, dengan sekali lafaz di Masjid Tun Hussien Onn, Cheras, sekitar jam 11.00 pagi tadi.

Dalam majlis yang pernuh harmon ini, Jalaludin menyerahkan mas kahwin berjumlah RM300, sementara jumlah wang hantaran pula dirahsiakan. Pengantin lelaki turut menghadiahkan lima dulang hantaran (termasuk sebuah kerusi urut bernilai RM20,000) dan berbalas lima dari pihak perempuan.

Hari bersejarah buat kedua pengantin turut disaksikan lebih 100 tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga dan kenalan terdekat pasangan pengantin.




Khabarnya Jalaludin dan isteri berkenalan menerusi laman Facebook semenjak Ramadan lalau sebelum mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga.

Jalaludin merupakan seorang bapa kepada lapan anak dan datuk kepada 14 cucu. Sementara Rapidah pula adalah ibu tunggal kepada empat anak.

Lebih setahun lalu, Jalaludin kehilangan isteri, Datin Hasimah Mat Ehsan  yang meninggal dunia akibat komplikasi pelbagai penyakit di Pusat Perubatan Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Tahniah dan Selamat Pengantin Baru dari kami di Read8SpaceDotCom.

Post a Comment

0 Comments