17 Okt 2017

IZREEN AZMINDA PUTUSKAN TIDAK AKAN TERLIBAT DALAM TEATER KONTENA 404


PELAKON Izreen Azminda memaklumkan tidak akan terlibat dengan pementasan teater Kontena 404 yang bakal berlangsung di Lambang Sari Istana Budaya pada 20-23 Oktober ini.

Kenyataan itu ditegaskan Izreen menerusi satu status yang dimuatkan naik di laman Instagramnya petang tadi.

Menurutnya, tindakan yang diambilnya adalah atas sebab tertentu yang munasabah berikutan rasa tidak puas hatinya dengan apa yang berlaku di antaranya dirinya dan pekerja pihak terbabit.


"Untuk makluman semua.. bagi yang bertanya, saya tegaskan di sini saya tidak akan dengan teater seperti yang tertera dio dalam poster tersebut atas sebab-sebab tertentu yang munasabah termasuk etiak dan masalah komunikasi yang ditunjukkan oleh pekerja di bawah naungan syarikat terbabit! 
"Sepatutnya 'mereka-mereka' ini perlu tahu cara dan etika yang betul ketika berurusan sama ada dengan client ataupun artis yang bekerja di bawah syarikat itu dan bukannya bercakap macam kawan-kawan zaman sekolah rendah kau! Perlu tahu adab dan sopan! 
"Dan perlu diingatkan, cakap biar jelas dan bukan berbelit-belit macam sembelit! Semua orang bekerja untuk dapatkan duit  dan bukannya amal jariah melainkan kalau duit dah berkepok dalam bank.. kena bela dengan Tan Sri mana-mana.. bolehlah tutup mata! 
"Lain kali, sebelum bercakap guna akal dan bukan kepala lutut abah kau! Fullstop!
 (CAPTION DIATAS INI HANYA DITUJUKAN KHAS BUAT STAFF TERBABIT SHJ DAN TIDAK ADA KENA MENGENA DGN KESEMUA PELAKON ATAUPUN PENGARAH UTK TEATER INI KERANA MEREKA SEMUA SUDAH MELAKUKAN YG TERBAIK DAN BEST OF LUCK UTK KORANG SEMUA)



Berdasarkan kenyataan tersebut, dapat dirasakan Izreen begitu marah dengan pihak terbabit. Bagaimanapun, apa yang sebenarnya berlaku hanya mereka sahaja yang tahu.

Nama Izreen pada awalnya memang disenaraikan sebagai  salah seorang pelakon yang bakal terbabit dalam pementasan teater arahan Raja Azrey ini bersama-sama dengan Miera Liyana, Adam Shahz, Rani Kulup dan lain-lain.

Apapun yang berlaku, semoga ada jalan penyelesaian antara kedua-keduanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan