Hot Posts

6/recent/ticker-posts

IDAYU, BOB, SYAMEL, MARSHA, SHAHIR, MARA KE FINAL AF MEGASTAR


TAHNIAH buat Idayu, Bob, Syamel, Marsha dan Shahir yang berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir AF Megastar yang bakal berlangsung Ahad depan.

Sementara itu, Amir Jahari dan Amir pula terpaksa menamatkan perjuangan mereka di minggu separuh akhir ini setelah memungut markah yang yang paling rendah di antara tujuh peserta yang bertanding pada malam ini.

Idayu pada peringkat separuh akhir ini turut diumumkan sebagai pemenang Star of The Week hasil di mana ia merupakan pilihan yang dibuat menerusi undian peminat.

Keputusan secara keseluruhannya adalah berdasarkan penjurian 60 peratus daripada juri profesional dan 40 peratus lagi daripada undian peminat.

Konsert AF Megastar dihoskan oleh Datuk Aznil Hj Nawawi menampilkan dua juri tetap, Datuk Ramli MS dan Syafinaz Selamat, selain seorag juri jemputan setiap minggu.  

Post a Comment

0 Comments