Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Tuah lagu Pen Pineapple Apple Pen


ANDA mesti tahu lagu 'Pen Pineapple Apple Pen' (PPAP). Baru-baru ini penyanyinya, Piko Taro yang juga seorang pelawak dari Jepun itu mendedahkan jumlah pendapatannya yang diperolehi dari lagu PPAP sama banyaknya dengan jumlah pendapatan dia bekerja selama 25 tahun. 

Piko atau Daimaoi Kosaka berkata dia mendapat pulangan lebih beratus juta Yen hanya dalam masa sebulan selepas lagu itu ditularkan.

Sebenarnya, populariti lagu tersebuat telah membuatkan ramai yang mahu berkolaborasi dengan Piko Taro melalui  iklan komersial televisyen, radio dan juga pelbagai produk terkenal Jepun. 




Piko Taro juga pernah muncul dalam pelbagai muzik video, iklan komersial Softbank bersama Justin Bieber dan Sesame Street. Malah, kafe PPAP dan beberapa siri animasi televisyen turut menggunakan jenama miliknya. 

Itulah dinamakan rezeki walaupun sekadar lagu yang tidak sampai limit minit dan penyanyinya yang hanya biasa-biasa saja. - 7KLIK

Post a Comment

0 Comments