Hot Posts

6/recent/ticker-posts

MIKAEL ANDRE TAMATKAN ZAMAN BUJANG


SELAIN Sharnaaz Ahmad, seorang lagi pelakon, Mikael Andre juga memilih untuk menamatkan zaman bujang Jumaat lalu, 31 April 2017.

Mikail, 24, yang juga adik kepada Pierre Andre telah selamat diijabkabulkan dengan gadis pilihannya, Siti Nur Aima Fauzi di kediaman keluarga pengantin perempuan, di Alor Star, Kedah.

Pada majlis yang berlangsung sederhana itu, pengantin perempuan menerima mas kahwin RM1,000 dan hantaran RM14,000, termasuk lima bekas hantaran berbalas tujuh daripada pihak lelaki.

Selepas bergelar suami, Mikail bercadang untuk menetap bersama isteri di Langkawi dan akan berulang-alik ke Kuala Lumpur jika ada terlibat dengan urusan kerjaya seni.

Tahniah dan Selamat Pengantin Baru dari kami di Read8SpaceDotCom buat Mikael dan isteri. 

Post a Comment

0 Comments