1 Apr 2017

AMMAR (TITAN) KINI BERGELAR SUAMI


TAHNIAH diucapkan buat penyampai radio HotFM, Ammar atau nama penuhnya Azizul Ammar Abu Hassa, 30, yang kini sah bergelar suami kepada gadis pilihannya, Nur Amalina Jamil, 28, sekitar jam 9.45 pagi tadi dengan hanya sekali lafaz.

Majlis yang berlangsung di Farar Place, Dengkil ini berlangsung meriah dengan kehadiran keluarga dan kenalan rapat kedua mempelai.

Amar menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300 beserta lima dulang hantaran berbalas tujuh. Sementara wang hantaran pula berjumlah RM10,000.

Selamat pengantin baru dan semoga jodoh keduanya berpanjangan hingga ke jannah. Amin.

Tiada ulasan:

Catat Komen