Hot Posts

6/recent/ticker-posts

BETO KUSYAIRY MENANG PELAKON LELAKI TERBAIK DI PESTA PERDANA, SINGAPURA


TAHNIAH kepada pelakon Beto Kusyairy yang baru sahaja dinobatkan sebagai Pelakon Lelaki Terbaik Dalam Watak Utama (Drama Bersiri) menerusi drama lakonannya, Kisah Tok Kadi, di majlis Anugerah Pesta Perdana 2017 yang berlangsung di Singapura, 31 Mac lalu.

Drama Kisah Tok Kadi ini juga turut memenangi empat anugerah lain termasuk Program Paling Popular, Pelakon Lelaki Terbaik - Dalam Watak Pembantu (Drama Bersiri) dan Pelakon Harapan Terbaik.

Selain Beto, antara pelakon Malaysia lain yang turut tercalon di majlis tersebut ialah Nasir Bilal Khan dalam kategori Pelakon Lelaki Terbaik Drama/Antologi dan Hamidah Wahab dalam kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik.

Anugerah tahunan Pesta Perdana 2017 merupakan sebuah majlis penganugerahan anjuran saluran Suria (Mediacorp TV Singapura) yang bertujuan memberikan penghargaan kepada program terbitan saluran TV berbahasa di negara itu.

Post a Comment

0 Comments