1 Mac 2017

TAN SRI JINS SHAMSUDDIN MENINGGAL DUNIA


KURANG lebih 24 jam daripada berita pemergian pelakon dan pengacara Ary Malik, hari ini, 1 Mac 2017 dunia hiburan tanah air dikejutkan pula dengan kehilangan seniman lagenda, Tan Sri Jins Shamsuddin, 81.

Petang tadi, sekitar jam 5.45 petang,  Jins disahkan telah meninggal dunia meninggal dunia akibat sesak nafas selepas tercekik kuih yang dijamahnya ketika minum petang bersama isteri di rumah.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir setibanya di klinik Idham berdekatan kediamannya di Taman Melawati sekitar pukul 5.45 petang di sisi isterinya, Puan Sri Halijah Abdullah.




Beliau turut meninggalkan tiga anak iaitu Mohamed Jefri (menerusi perkahwinan pertama bersama pelakon, Rahmah Rahmat), Putera Hang Jebat dan Putera Hang Nadim.

Allahyarham sebelum ini dilaporkan mengidap penyakit Alzheimer dan keadaan kesihatannya tidak begitu memberangsangkan.

Takziah dari kami di Read8Space. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan mereka yang dikasihi Allah. Amin.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan