31 Mac 2017

,

SELAMAT pengantin baru kepada Sharnaaz Ahmad dan pasangannya, Nor Nabila Md, Nor yang baru sahaja diijabkabulkan sebagai pasangan suami isteri sekitar jam 9.15 malam sebentar tadi di Hotel Royal Chulan, Damansara.

Hanya dengan sekali lafaz, Sharnaaz sah bergelar suami kepada Nabila yang juga merupakan kakak kepada pengacara dan pelakon Neelofa.




Pada majlis yang berlangsung sederhana namun meriah diraikan keluarga dan rakan taulan itu menyaksikan Sharnaaz menyerahkan mas kahwin sebanyak RM1000 bersama lima dulang hantaran berbalas tujuh dari pihak perempuan. Bagaimanapun, jumlah wang hantaran dirahsiakan atas persetujua kedua-dua belah pihak.




Difahamkan majlis resepsi pihak perempuan akan berlangsung di lokasi yang sama pada 2 April (Ahad) ini, sementara resepsi di sebelah keluarga lelaki pula akan diadakan di Straits Quay Convention Centre, Pulau Pinang pada suatu tarikh yang akan diumumkan kelak.

Tahniah dari kami di Read8Space dan semoga pasangan ini kekal bahagia hingga ke Jannah. Amin.
,

AIDILFITRI bakal menjelang tiba dan pastinya sudah ada yang mula merancang untuk membuat persiapan baju raya untuk tahun ini.

Mek Kembang Cotton memberi anda pilihan yang terbaik dan baru sahaja tampil melancarkan Koleksi Aidilfitri 2017 x Amyra Rosli yang tentunya memberi pelbagai design menarik untuk digayakan pada sambutan Aidilfitri nanti.

Jom kita lihat, apa yang menarik dari Mek Kembang Cotton untuk tahun ini.







Untuk mendapatkan details dan informasi selanjutnya, boleh layari www.mekkembangcotton.com, Instagram @mekkembangcotton dan Facebook www.facebook.com/mekkembangcotton) atau boleh datang terus ke butik Mek Kembang Cotton di C-13-G Bangi Gateway Shopping Centre, Persiaran Pekeliling, Seksyen 15, 43650 andar Baru Bangi, Selangor. 

30 Mac 2017

,

SELAMAT pengantin baru buat Nora Danish, 35,  dan pasangannya, Nedim Nazri Aziz, 34, yang baru sahaja melangsungkan majlis permikahan mereka sebentara tadi.

Dengan dua kali lafaz, Nora sah bergelar isteri kepada Nedim yang telah dikenalinya lebih empat tahun yang lalu. 

Perkahwinan ini merupakan yang kedua buat Nora dan Nedim di mana Nora menerusi perkahwinan sebelum ini dikurniakan seorang cahaya mata, Putra Rayqal, 8.

Pasangan ini memilih untuk mengadakan sebuah majlis yang sederhana dan tertutup di mana ia hanya dihadiri oleh keluarga dan kenalan terdekat yang diadakan di Seputeh, Kuala Lumpur.

Tahniah buat pasangan ini dan kami dari Read8Space mengucapkan selamat pengantin baru dan semoga kekal berbahagia hingga ke Jannah. Aminn.

29 Mac 2017

,

HARGA runcit bagi petrol RON95 dan RON 97,masing-masing turun 17 sen dan 19 sen seliter berkuat kuasa tengah malam ini.

Harga terkini RON95 ialah RM2.13 semn dan RON97 pula RM2.41 sen. Sementara harga baru Diesel pula RM2.11 sen. Harga yang disebutkan ini akan berkuat kuasa mulai 30 Mac hingga 5 April 2017.

Bermula 29 Mac 2017, kerajaan akan mengumumkan harga petrol dan Diesel secara mingguan iaitu setiap hari Rabu dan harga baru itu akan berkuat kuasa serta merta mulai jam 12.01 minit awal pagi hari berikutnya iaitu Khamis.
,


ORANG ramai yang berada di sekitar pusat bandar raya berpeluang menyaksikan menyaksikan deruan jet pejuang Black Eagles menggegarkan ruang angkasa Kuala Lumpur.

Sebanyak sembilan pesawat pejuang jenis KAI-TB50 milik tentera udara Korea Selatan itu muncul membuat lintasan di ruang angkasa sekitar Menara Berkembar Petronas, KLCC pada jam 10.30-10.45 pagi.

Pesawat pasukan aerobatik Black Eagles dari republik itu mendapat perhatian ramai ketika pertunjukan sempena Pameran Antarabangsa Maritim dan Udara Langkawi 2017 (LIMA’17) yang melabuhkan tirainya Sabtu lepas.

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM)semalam, pasukan tersebut melakukan terbang lintas selama 15 minit di sekitar ruang udara ibu negara.

Dalam kenyataan itu juga, orang ramai dinasihatkan tidak panik atau membuat sebarang spekulasi dengan kehadiran pasukan tersebut.

Sebaliknya mengambil peluang itu untuk menyaksikan kehebatan kumpulan pesawat aerobatik Black Eagles membuat pertunjukan di ruang udara.

[KREDIT VIDEO: mynewshub]
,

SELAMAT meraikan hari jadi ke-33 buat pelakon cantik, Nur Fasha Sandha. Semoga di panjangkan umur, dimurahkan rezeki dan menjalani kehidupan yang lebih baik serta sempurna pada masa akan datang. Amin.

Semalam, Fasha diraikan keluarga dan rakan-rakan dalam sebuah majlis yang sungguh meriah di Park Royal Hotel. Turut kelihatan rakan-rakan artis dan kenalan rapat Fasha yang tidak mahu ketinggalan untuk bersama meraikan hari istimewa ini.

Paling penting, kedua cinta hati Fasha, Putra Rayfal dan Putri Jemaima juga ada bersama meraikan kegembiraan bonda mereka yang tercinta ini.

Antara rakan artis yang kelihatna di majlis ini ialah Amelina, Faradhiya, Rabecca Nur Al-Islam, Datuk Aliff Syukri dan lain-lain. Sementara Zulin Aziz pula bertindak sebagai pengacara majlis.

Read8SpaceDotCom kongsikan foto-foto menarik yang dikongsi Fasha di Instagram milikinya @fashaSandha.

 


[KREDIT FOTO: terima kasih IG @fashasandh]