Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Ernie Zakri, Syamel, juara pertama Duo Star


SETELAH bertungkus lumus menampilkan persembahan terbaik saban minggu, pasangan Erni Zakri dan Syamel dinobatkan sebagai juara pertama program realiti, Duo Star malam tadi.

Kemenangan itu melayakkan Ernie dan Syamel membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM100,000 beserta trofi.

Sementara naib juara pula berpihak kepada pasangan Kaka Azraff dan Awi Rafael yang  menerima hadiah wang tunai berjumlah RM50,000 beserta trofi.

Pasangan Haiza dan Aepul (Drama Band) pula berada di kedudukan tempat ketiga dengan hadiah kemenangan berjumlah RM25,000 beserta trofi.

Manakala pasangan Ayai dan Firman pula berpuas hati di tempat keempat dan dengan hadiah wang tunai berjumlah RM10,000 beserta trofi. 




Duo Star yang mula bersiaran sejak 25 Disember lalu di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) ini menyaksikan pertandingan diadili oleh juri profesional yang terdiri daripada Datuk Acis, Datuk Hattan dan Adibah Noor.

Selain empat finalis ini, program ini turut disertai pasangan Ila Damiaa & Yasin, Asfan & Aweera, Ronnie Hussein & Sarah Fazny serta Harris Baba & Ning Baizura.

Post a Comment

0 Comments