Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Neelofa akui berkawan dengan kerabat


NAMA pelakon dan pengacara MeleTOP, Neelofa kembali hangat diperkatakan apabila dia mengakui kini sedang berkawan dengan seorang kerabat diraja sebagaimana yang yang diperkatakan sejak akhir-akhir ini.

Neelofa atau lebih mesra disapa sebagai Lofa yang ditemui ketika majlis pelancaran koleksi tudung terbarunya, Lady Lofa dan Lady Lofa Luxe by Naelofar Hijab semalam bagaimanapun enggan mengulas lebih lanjut tentang perkara itu.

"Saya tidak menafikan memang berkawan dengan individu berkenaan dan apa yang boleh saya katakan, dia memang seorang yang baik," ulasnya ringkas.

Semnetara itu, Lofa turut memohon diberikan ruang dan tidak diasak dengan soal peribadi kerana sebelum ini dia sering menerima kritikan hebat di laman sosial disebabkan hubungannya dengan aktor Fattah Amin. - 7KLIK

Post a Comment

0 Comments