Hot Posts

6/recent/ticker-posts

SELAMAT PENGANTIN BARU HAZAMA, GENERVIE


PENYANYI Hazama yang telah selamat diijabkabulkan dengan gadis pilihan, Genervie Kam yang juga merupakan seorang pemuzik terkenal, pagi Ahad lalu di Orchard Villa, Gombak.

Setelah bercinta selama hampir lima tahun, Hazama atau nama penuhnya, Hazama Azmi, 33, akhirnya memilih untuk mengakhiri zaman bujangnya ketika sibuk membuat persiapan untuk Anugerah Juara Lagu yang bakal berlangsung 22 Januari ini.

Terdahulu sebelum itu, Genervie atau Kam Shi Ling, 37, telahpun memeluk Islam pada pertengahan lalu tanpa pengetahuan Hazama bagi membuktikan keikhsalan hatinya berbuat demikian.

Bagaimanapun majlis pernikahan dan resepsi pasangan paling manis ini dilakukan secara tertutup di mana ia hanya dihadiri oleh keluarga dan rakan-rakan terdekat sahaja atas persetujuan kedua pengantin.

Post a Comment

0 Comments