Hot Posts

6/recent/ticker-posts

JASON STATHAM VS JENNIFER LOPEZ


PARKER. seorang pencuri profesional yang ditipu selepas selesai menjalankan sebuah rompakan. Parker kemudiannya mengambil keputusan untuk membalas dendam.

Peminat filem aksi bertajuk Parker berpeluang menyaksikan filem penuh debaran  ini mengisi slot English Blockbuster yang ditayangkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) menerusi saluran TV2 pada 21 Januari ini, pukul 10.00 malam.  

Menyaksikan lakonan mantap aktor Jason Statham bergandingan dengan ratu ‘gelek’ Jennifer Lopez, filem arahan Taylor Hackford ini pastinya memenuhi selera penonton yang menantikan tayangan filem bercorak aksi.

Kisahnya bermula dengan watak Parker, pencuri yang cukup berpengalaman dalam melakukan rompakan. Begitu pun Parker berpegang teguh kepada pendirian tidak mahu mencuri duit orang miskin atau individu yang tidak berdosa. 

Mentor Parker, Hurley memintanya bekerjasama dengan sekumpulan penjahat yang tidak dikenalinya iaitu Melander, Carlson, Ross dan Hardwicke. Pekerjaan mereka berjalan lancar tetapi Parker kemudiannya mahu menarik diri kerana tidak mahu terus melakukan kejahatan. Mereka kemudiannya membunuh Parker dan meninggalkannya di sebuah danau.




Parker berjaya diselamatkan oleh sebuah keluarga yang cepat membawakannya mendapatkan pertolongan.  Di sana dia berjaya mencuri sepasang pakaian seragam hospital dan melarikan diri. Dia turut mencuri cek dan kereta milik seorang wanita. 

Nasibnya malang apabila salah seorang daripada kumpulan penjahat itu mengetahui dirinya masih hidup dan menugaskan Kroll untuk mencari Parker. Dia cuba menculik anak dan teman wanita Parker, Claire. Mereka kemudiannya berjaya melarikan diri.

Parker pergi ke pantai Palm dan menyamar sebagai Daniel Parmitt. Di situ dia bertemu dengan Leslie Rogers, seorang egen hartanah. Parker kemudiannya menyewa bilik milik Rodrigo. Rodrigo sebenarnya adalah Melander, anggota kumpulan yang cuba membunuh Parker. 





Leslie curiga dengan Daniel dan akhirnya mengetahui lelaki itu menyamar. Mereka berdua bekerjasama untuk mencuri perhiasan milik Melander. Kroll pula giat memburu Parker.

Mereka berjaya mencuri perhiasan tersebut namun Parker cedera diserang oleh Kroll. Leslie kemudiannya datang ke rumah Parker untuk melihat keadaannya sebaliknya Leslie ditangkap oleh anggota kumpulan penjanayah tersebut dan diseksa. Melander bertemu dengan Parker dan terjadi pergaduhan.

Parker kemudiannya berjaya menembak mati Melander dan Leslie juga menembak Carlson. Semua anggota penjahat berjaya ditewaskan.




Parker
Tarikh Siaran: 21 Januari 2017
Hari: Sabtu
Masa: 10.00 pagi
Saluran: TV1
Pelakon: Jason Statham, Jennifer Lopez

Post a Comment

0 Comments