| Shopee Superstar Brand Show kembali sepanjang April dengan tawaran lebih besar dan interaktif menerusi Shopee Live |
SEPANJANG April ini, pengalaman membeli-belah di Shopee Live kembali dengan lebih menarik, interaktif dan berbaloi menerusi Shopee Superstar Brand Show.
Bersiaran dari jam 8 hingga 10 malam, mulai sekarang sehingga 29 April, siri livestream ini menghimpunkan jenama popular, pencipta kandungan terkenal serta tawaran eksklusif yang sukar dilepaskan.
Daripada baucar diskaun sehingga 50 peratus (%), tawaran khas livestream, hingga peluang memenangi sehingga 150,000 Shopee Coins, penonton bukan sekadar menonton, tetapi turut berpeluang membeli sambil berinteraksi secara langsung dengan hos dan pencipta kandungan kegemaran mereka.
Tambahan pula, penjimatan boleh dimaksimumkan dengan gabungan baucar penghantaran percuma tanpa minimum perbelanjaan serta baucar platform Shopee.
Sorotan Episod Shopee Superstar Brand Show
Antara tarikan utama siri ini ialah barisan sesi khas bersama jenama dan personaliti terkenal yang membawa pengalaman membeli-belah ke tahap lebih personal dan menyeronokkan.
● 10 April – Khairulaming Brand
Pencipta kandungan makanan popular Malaysia, Khairul Aming, tampil dengan sesi livestream eksklusif memperkenalkan produk ikonik seperti Sambal Nyet dan Dendeng. Selain tawaran bundle istimewa, penonton juga berpeluang memenangi pengalaman makan di restoran Rembayung untuk empat orang bernilai sehingga RM400.
● 11 April – DAZZLE ME x Qin Qin
Sesi kecantikan bersama Qin Qin menampilkan rangkaian produk DAZZLE ME yang sesuai untuk pelbagai gaya solekan, daripada natural harian hingga look yang lebih berani. Diskaun sehingga 68% turut ditawarkan, bersama hadiah eksklusif bernilai sehingga RM3,000.
● 13 April – ANKER x BosPami
Pengulas teknologi BosPami membawa fokus kepada produk pengecasan ANKER yang direka untuk penggunaan harian dan perjalanan. Tawaran bundle sehingga 8% diskaun, bersama hadiah pengecas dan aksesori percuma untuk pembelian terpilih menjadikan sesi ini antara yang paling menarik bagi pengguna teknologi.
● 14 April – Russell Taylors x Afiq Rahim
Pencipta kandungan kulinari Afiq Rahim pula berkongsi inspirasi resipi mudah menggunakan peralatan dapur Russell Taylors. Pembeli boleh menikmati baucar 12% serta hadiah percuma seperti air fryer dan pressure cooker edisi khas dengan pembelian terpilih.
Pengalaman Shopping Lebih Interaktif
Shopee Superstar Brand Show bukan sekadar platform jualan, tetapi pengalaman livestream interaktif yang menggabungkan hiburan, demo produk dan tawaran masa terhad dalam satu ruang.
Daripada keperluan rumah, gaya hidup, fesyen hingga elektronik, setiap sesi direka untuk memberi nilai tambah kepada pengguna yang mahu membeli dengan lebih bijak.
Dengan gabungan baucar diskaun 50%, tawaran eksklusif dan peluang memenangi sehingga 150,000 Shopee Coins, April ini menjadi masa terbaik untuk menikmati pengalaman membeli-belah yang lebih menyeronokkan dan berbaloi di Shopee Live. - 7KLIK
ARTIKEL LAIN:
0 Comments