| Mitski | FOTO: Lexie Alley |
MITSKI kembali dengan single kedua daripada album terbaharunya, Nothing's About to Happen to Me, yang dijadualkan rilis pada 27 Februari ini menerusi label Dead Oceans.
Single yang berjudul 'I’ll Change for You ini disertai dengan video muzik rasmi dan pengumuman jelajah global yang bakal menampilkan penyanyi Amerika-Jepun di beberapa bandar utama dunia.
Dalam siri jelajah tersebut, Mitski akan membawakan lagu-lagu daripada album terbaharunya secara langsung di beberapa bandar terpilih, termasuk enam malam di The Shed, New York City; lima malam di Hollywood High School, Los Angeles; dan empat malam di Sydney Opera House, Sydney.
Jelajah itu turut singgah di beberapa bandar lain seperti Mexico, Istanbul, Paris, Brussels, Amsterdam, London, Manila, Bangkok, Jakarta, Kuala Lumpur, dan Singapura.
Menyelami Tansy House: Lagu & Video
Selepas single hit indie-rock Where’s My Phone?, penyanyi berusia 35 tahun ini hadir dengan I’ll Change for You, sebuah lagu mid-tempo penuh nostalgia. Suaranya memukau dengan irama penuh string, dram, piano, gitar, seruling, dan vibraphone.
| Mitski menulis semua lagu dalam album ini | FOTO: Lexie Alley |
Album Nothing's About to Happen to Me membawa pendengar menyelami naratif kompleks seorang wanita gemar menyendiri di rumahnya yang tidak terurus. Di luar rumah, dia dilihat sebagai seseorang yang berbeza daripada norma; tetapi bila di drumah, dia bebas sepenuhnya.
Muzik video I’ll Change for You, diarahkan oleh Lexie Alley dan disunting oleh Rena Johnson, membina dunia Tansy House yang digambarkan melalui foto album oleh Alley.
Setiap bingkai video dicetak satu persatu pada filem dengan tanda tangan dan sedikit distorsi yang mengganggu secara halus, menghasilkan kesan visual seperti rakaman lama yang rapuh dan terlantar, seolah-olah tersimpan di bawah timbunan buku di rumah Tansy.
| | FOTO: Lexie Alley & Emily Flake |
Album Nothing's About to Happen to Me meneruskan kesinambungan muzik yang dimulakan dalam The Land Is Inhospitable and So Are We (2023), dengan iringan live instrumen oleh band jelajah The Land serta susunan ansambel yang padat dan harmonis.
Mitski menulis semua lagu dalam album ini yang diterbitkan oleh Patrick Hyland dan master oleh Bob Weston. Sementara orkestra dirakam di Sunset Sound dan TTG Studios, disusun dan diketuai oleh Drew Erickson, manakala Michael Harris bertindak selaku jurutera audio.
Album Nothing's About to Happen to Me oleh Mitski bukan sekadar koleksi lagu, tetapi satu naratif yang membawa pendengar menyelami cerita, karakter, dan kreativiti yang unik, sambil menegaskan bahawa kekuatan vokal dan komposisinya terus memikat peminat di seluruh dunia. - 7KLIK
ARTIKEL LAIN:
0 Comments