| Rekaan beg tangan daripada koleksi Januari Bloom Into Prosperity oleh Carlo Rino | FOTO: Carlo Rino |
Oleh: SORAYA AFNAN
MENYAMBUT kedatangan tahun baharu dengan semangat segar dan penuh makna, jenama fesyen dan gaya hidup tempatan, Carlo Rino, memperkenalkan koleksi Januari terbaharunya yang diberi judul Bloom Into Prosperity.
Koleksi ini diraikan sebagai simbol permulaan baharu, keanggunan lembut dan harapan terhadap kemakmuran, selari dengan suasana perayaan Tahun Baharu Cina yang sarat dengan nilai tradisi dan optimisme.
Diinspirasikan oleh semangat perayaan tersebut, Bloom Into Prosperity mengetengahkan naratif flora yang segar, menggabungkan simbolik tuah dengan kepraktisan moden.
Pendekatan ini menjadikan koleksi berkenaan sesuai untuk individu yang ingin memulakan tahun dengan gaya yang ringkas, kemas dan bermakna tanpa perlu tampil berlebihan.
Berbeza daripada palet warna Tahun Baharu Cina yang lazimnya didominasi rona merah dan emas, koleksi ini tampil dengan pendekatan lebih lembut menerusi asas warna biru muda yang dihiasi motif bunga halus.
Sentuhan ini memberikan nafas baharu yang feminin dan menenangkan, sekali gus melambangkan pertumbuhan, pembaharuan serta kesejahteraan.
Setiap elemen direka dengan penuh teliti bagi memastikan keseimbangan antara estetika perayaan dan kesesuaian untuk pemakaian harian.
Koleksi ini merangkumi sembilan item rekaan yang saling melengkapi dan mudah digayakan bersama. Terdapat tujuh beg tangan dalam pelbagai siluet seperti silang badan, bucket dan pemegang atas yang direka untuk memenuhi keperluan penggunaan seharian mahupun acara istimewa.
Turut melengkapkan rangkaian ini ialah dompet berzip penuh serta lanyard yang praktikal, menjadikan keseluruhan koleksi tampak serasi dan berfungsi.
Bloom Crossbody Sebagai Fokus Utama Koleksi
Antara yang paling menonjol dalam Bloom Into Prosperity ialah beg Bloom Crossbody yang menjadi item utama koleksi ini. Rekaan ringan dengan cetakan flora biru lembut menjadikannya mudah dipadankan untuk pelbagai aktiviti, sama ada urusan harian mahupun keluar santai.
Gabungan fungsi dan sentuhan elegan perayaan menjadikan beg ini simbol gaya yang membawa makna kemakmuran secara halus dan bersahaja.
| Variasi rekaan beg tangan dalam koleksi ini | FOTO: Carlo Rino |
Secara keseluruhan, koleksi Januari ini menawarkan pilihan aksesori yang sesuai bukan sahaja untuk meraikan Tahun Baharu Cina, malah untuk digayakan dalam rutin harian atau dijadikan hadiah bermakna.
Dengan penekanan terhadap keanggunan yang sederhana dan rekaan yang praktikal, Bloom Into Prosperity mencerminkan pendekatan fesyen yang lebih tenang namun tetap berjiwa perayaan. - 7KLIK
ARTIKEL LAIN:
0 Comments