Hot Posts

6/recent/ticker-posts

IT: Welcome to Derry – Kisah Seram Ikonik Kembali ke Skrin!


HBO akhirnya melancarkan trailer rasmi dan key art untuk siri drama original terbaharu, IT: Welcome to Derry, yang bakal debut pada 27 Oktober ini di HBO (Astro Ch 411/Unifi TV Ch 401) dan turut boleh distrim di HBO Max.

Siri ini akan menampilkan lapan episod, dengan satu episod baharu setiap minggu menuju ke finale musim pertama pada 15 Disember nanti.

Dibangunkan oleh pembikin filem terkenal Andy Muschietti dan Barbara Muschietti, duo di sebalik filem seram hit IT dan IT Chapter Two  bersama Jason Fuchs, siri ini akan membawa penonton menyelami semula dunia penuh misteri ciptaan Stephen King.

Andy Muschietti turut mengarah beberapa episod dalam siri ini, mengekalkan vibe dan gaya visual menyeramkan yang pernah memukau peminat dalam dua filem sebelumnya.

Berlatarkan dunia seram IT, Welcome to Derry berfungsi sebagai prequel kepada kisah asal, memperluaskan lagi visi dan asal-usul kejahatan yang menghantui bandar kecil Derry, Maine iaitu tempat legenda menakutkan Pennywise bermula.

Siri ini dibintangi Jovan Adepo, Taylour Paige, Chris Chalk, James Remar, Stephen Rider, Madeleine Stowe, Rudy Mancuso, dan tentunya Bill Skarsgård, yang kembali menjiwai watak ikoniknya sebagai Pennywise the Dancing Clown.

Di Sebalik Tabir 'Welcome to Derry'

Diterbitkan hasilkan oleh HBO dan Warner Bros. Television, projek ini dikembangkan untuk televisyen oleh Andy dan Barbara Muschietti serta Jason Fuchs, berdasarkan novel klasik IT karya Stephen King.

Selain trio utama itu, senarai penerbit eksekutif turut merangkumi nama-nama besar seperti Brad Caleb Kane, David Coatsworth, Shelley Meals, Roy Lee, dan Dan Lin. Bill Skarsgård sendiri turut terlibat sebagai penerbit eksekutif, menjadikan siri ini lebih istimewa bagi peminat francais IT.

Jason Fuchs menulis teleplay untuk episod pertama, manakala Fuchs dan Brad Caleb Kane berperanan sebagai co-showrunners yang mengawal arah keseluruhan siri ini.


Bagi peminat kisah seram klasik yang tak cukup dengan dua filem sebelumnya, IT: Welcome to Derry bakal membawa anda ke permulaan segalanya ke tempat di mana ketakutan mula hidup.

Streaming bermula 27 Oktober di HBO Max. Jangan lepaskan peluang menjadi antara yang perawal menyaksikan kisah seram klasik yang dihidupkan semula ini. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments