Hot Posts

6/recent/ticker-posts

[REVIEW] The Naked Gun tampilkan Liam Neeson Dengan Sisi Berbeza


SELEPAS lebih 30 tahun, The Naked Gun kembali menggegarkan layar lebar bermula 31 Julai dalam bentuk 'legacyquel' yang memadukan semangat asal filem terdahulu dengan nafas baharu untuk generasi moden.

Diarahkan
oleh Akiva Schaffer, versi baharu ini bukan sekadar reboot kosong. Ia sebuah sekuel warisan yang menghormati jenama The Naked Gun, sambil membina ruang komedi baharu dengan gaya yang segar tetapi kekal setia kepada DNA slapstik klasiknya.

Kisahnya
mudah, seperti tradisi asal. Frank Drebin Jr. (Liam Neeson) menyiasat kematian misteri yang membawanya ke kancah konspirasi besar melibatkan syarikat kenderaan elektrik dan teknologi jahat bernama P.L.O.T. Device.

Sepanjang
siasatan, dia berdepan dengan Richard Cane (Danny Huston), seorang bilionair penuh rahsia, dan Beth Davenport (Pamela Anderson) yang menambahkan lagi kekecohan dalam hidupnya.

Selama
ini kita mengenali Liam Neeson sebagai pelakon aksi serius, tetapi kali ini dia mempamerkan sisi berbezaDengan ekspresi ‘serious but clueless’, Neeson berjaya menghidupkan semula gaya komedi fizikal dan 'deadpan' yang pernah dipopularkan mendiang Leslie Nielsen.

Keupayaannya
mengekalkan wajah serius sambil terlibat dalam kekacauan paling absurd menjadikannya nadi utama filem ini.

Dalam pada itu, lakonan Pamela Anderson sebaai Beth Davenport juga mengejutkan ramai. Dia hadir dengan karisma tersendiri, mengimbangi karakter Drebin Jr. dan memberi sentuhan feminin dalam dunia slapstik yang selalunya didominasi lelaki.

Interaksi
mereka mungkin tidak meledak secara romantik, tapi cukup untuk menyampaikan dinamika ‘partner-in-crime’ yang menghiburkan.

The Naked Gun
bergerak pantas, sarat dengan jenaka visual, permainan dialog pelik, dan adegan slapstik yang sengaja berlebihan. Ada yang menganggapnya sepertikomedi zaman dulu dalam era TikTok’, tetapi di situlah kelainannya.

Dalam
era filem komedi yang gemar berunsur meta, humor gelap atau sindiran politik, keberanian untuk kekal dengan humor fizikal klasik adalah satu bentuk nostalgia yang dirindui.

Meski
ada penonton merasakan jenaka yang digunakan mengitar semula formula lama dan tidak cukup segar untuk memikat penonton generasi baru, filem ini membuktikan sebaliknya.

P
ujian wajar diberikan kepada pasukan produksi yang berjaya mengekalkanrohasal filem The Naked Gun tanpa terperangkap dalam cubaan menjadi terlalu kontemporari.

Dari
gaya penyuntingan cepat, sinematografi yang sengaja kelihatan retro, hinggalah kepada muzik latar dramatik yang terlalu serius untuk situasi lucu, semuanya menjadi tribute kepada era asal filem ini.



Apa yang menjadikan The Naked Gun menarik bukan sahaja kerana ia menghidupkan semula francais lama, tetapi kerana ia membuka ruang untuk kebangkitan semula genre 'spoof' atau komedi fizikal yang semakin jarang kelihatan.

The Naked Gun mungkin bukan karya sinema yang kompleks, tapi dalam landskap filem hari ini, masih ada ruang untuk naskhah yang tahu tujuan utamanya membuat penonton ketawa tanpa perlu terlalu banyak lapisan penceritaan.

Walaupun
bukan sempurna, kualiti ‘laugh density’-nya menjadi sebab utama ia kekal relevan. Jadi, jangan ketinggalan menonton The Naked Gun di pawagam berhampiran anda.

Trivia Filem

  • Liam Neeson hampir menolak watak Frank Drebin Jr. kerana merasakan dirinya 'terlalu serius' untuk filem komedi slapstik.
  • Pamela Anderson kembali dalam spotlight menerusi watak penting, Beth Davenport yang banyak mencuri perhatian.
  • Set filem dibina dalam suasana 90-an di mana beberapa lokasi penggambaran sengaja dibuat nampak 'retro' dengan teknologi polis dan bilik soal siasat yang nampak lama sebagai tribute kepada era asal The Naked Gun.
  • Judul awal filem ini ialah 'Gun Loaded (Again)'
  • Watak antagonis diinspirasikan daripada gabungan figura dunia teknologi sebenar yang diparodikan habis-habisan- 7KLIK


ARTIKEL LAIN:


THE NAKED GUN
Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: 13
Genre: Aksi/Komedi
Durasi: 1 jam 25 minit
Pengarah: Akiva Schaffer
Pelakon: Liam Neeson, Pamela Anderson, Cody Rhodes, Paul Walter Hauser, CCH Pounder, Kevin
Durand, Cody Rhodes, Liza Koshy
Edaran: United International Pictures
Tarikh Tayangan: 31 Julai 2025
Bintang: 7/10

[KREDIT FOTO: United International Pictures - Fatin Salleh]

Post a Comment

0 Comments