Hot Posts

6/recent/ticker-posts

TEMPEST: Gianna Jun, Aksi Global & Perisik Elit – Bermula September di Disney+ Hotstar


DALAM dunia di mana politik antarabangsa, agenda sulit dan rahsia negara menjadi bahan mainan kuasa besar, muncul sebuah kisah perisik yang mampu membuat jantung anda berdegup laju.

Tempest, drama thriller berprofil tinggi dari Korea, bakal memulakan tayangan global pada 10 September ini secara eksklusif di Disney+ Hotstar.

Dengan barisan pelakon hebat seperti Gianna Jun, Gang Dongwon, John Cho, Michael Gaston dan ramai lagi, naskhah ini menjanjikan ketegangan, emosi dan aksi kelas pertama dari awal hingga akhir.

Segalanya bermula dengan satu detik yang mengubah segalanya, cubaan membunuh seorang calon presiden Korea. Namun kejadian itu hanyalah permukaan kepada misteri lebih besar iaitu satu konspirasi global melibatkan negara luar, agensi risikan dan dokumen sulit yang boleh menggegarkan kestabilan Semenanjung Korea.

Di sinilah kita diperkenalkan kepada Seo Munju, bekas diplomat yang kini membawa misi peribadi, membongkar kebenaran di sebalik serangan tersebut.

Lakonan mantap Gianna Jun menghidupkan watak Munju sebagai wanita cerdas dan tenang, yang tidak mudah goyah biarpun berhadapan ancaman nyawa.

Ketika menyiasat latar belakang calon presiden itu, Munju mendapati lelaki tersebut pernah dituduh sebagai perisik Korea Utara, sekali gus membuka satu kotak Pandora yang penuh dengan pembohongan, pengkhianatan dan permainan kuasa yang menjangkau sehingga ke Rumah Putih.

Dalam perjalanan membongkar kebenaran, Munju tidak bersendirian. Dia dilindungi oleh Paik Sanho, seorang tentera upahan dengan sejarah gelap dan penaja misteri.

Sanho sentiasa berada di sisinya, namun cabaran sebenar bukan hanya datang dari luar, tetapi juga dari dalam dirinya sendiri. Antara misi dan perasaan yang makin menebal, mampukah Sanho kekal fokus — atau akan tewas kepada konflik emosi yang mengusutkan?

Barisan Pelakon Hebat

Tempest dibintangi oleh pelakon 'papan atas' iaitu Gianna Jun, Gang Dongwon, John Cho, Lee Misook, Park Haejoon, Christopher Gorham, Michael Gaston dan Spencer Garrett.

Dengan pengarahan utama oleh Kim Heewon, disokong oleh pakar koreografi aksi terkenal Heo Myeonghaeng dan penulisan skrip oleh Chung Seokyung, drama ini diterbitkan secara gah oleh Imaginus bersama Showrunners, AA dan Skydance.


Buat peminat genre perisik dan thriller politik, Tempest bukan sekadar hiburan. Ia adalah refleksi kepada dunia moden yang penuh bayang-bayang kuasa, di mana satu maklumat mampu menggoncang keamanan global.

Drama ini akan bermula dengan tiga episod pertama serentak pada 10 September, diikuti dua episod setiap minggu sehingga penutup dua bahagian pada 1 Oktober.

Jadi bersiaplah untuk menyelami dunia risikan, pertembungan ideologi dan permainan kuasa yang mendebarkan.

Tempest bakal menjadi antara drama Korea paling berkelas dunia di Disney+ Hotstar tahun ini dan pastinya, satu yang tak patut anda lepaskan. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments