Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Marriott Bonvoy sambut Global Wellness Day dengan fokus gaya hidup sihat

| FOTO: Marriott Bonvoy

SEMPENA Global Wellness Day pada 14 Jun ini, rangkaian hotel & resort Marriott Bonvoy di seluruh Malaysia mengajak para tetamu untuk berhenti sejenak dan memberi ruang kepada diri sendiri melalui pelbagai aktiviti santai yang menyentuh aspek minda, tubuh dan emosi.

Bersandarkan identiti unik setiap jenama serta fokus utama terhadap gaya hidup sihat, inisiatif ini mencerminkan komitmen Marriott untuk menggalakkan keseimbangan serta hubungan yang lebih bermakna dalam setiap perjalanan.

Sebagai sebahagian daripada portfolio global Marriott Bonvoy, Westin Hotels & Resorts terus memperkukuh kedudukan sebagai pelopor dalam konsep percutian berteraskan kesihatan.

Menerusi prinsip utama 'Sleep Well, Eat Well dan Move Well', hotel-hotel Westin di Malaysia tampil dengan pelbagai pengalaman yang membolehkan para tetamu menyegarkan diri serta kembali menyatu dengan diri secara fizikal, mental dan emosi.

Selari dengan tema tahun ini yang menekankan ‘hubungan bermakna’, setiap hotel menampilkan aktiviti unik tersendiri. Daripada pengalaman gaya hidup sihat hinggalah ke ritual pemulihan yang direka untuk memberi ruang kepada tetamu melepaskan diri seketika daripada kesibukan hidup.

Pengalaman eksklusif di lokasi terpilih

The Westin Desaru Coast Resort menyatukan alam dan gaya hidup sihat menerusi Wellness Market yang mengetengahkan artisan tempatan serta aktiviti berkaitan kelestarian alam, seperti pertanian regeneratif, eksplorasi ekopelancongan dan bengkel membuat skrub kopi semula jadi.

The Westin Kuala Lumpur pula membawa konsep kesejahteraan ke tengah kota menerusi pasaran khas menampilkan jenama tempatan, makanan sihat dan produk semula jadi. Aktiviti seperti yoga vinyasa, sound bath dan ice bath turut disediakan untuk membantu tetamu melepaskan tekanan harian.

The Westin Langkawi Resort & Spa menawarkan pengalaman yang lebih tenang berlatarkan pemandangan pantai tropika dengan program seperti Aqua Yoga saat matahari terbit hingga Mandala Yoga & Meditation menjelang senja. Program ini mencerminkan semangat #ReconnectMagenta yang mengajak tetamu untuk bergerak, merasa dan hidup lebih seimbang.

The St. Regis Kuala Lumpur memperkenalkan percutian dua malam untuk dua orang, termasuk sesi urutan peribadi dan rawatan LPG Endermologie di Iridium Spa, serta makan malam vegetarian tiga hidangan di The Brasserie. Menu tersebut dikurasi bersama BoomGrow, dengan hasil segar dan lestari dalam suasana elegan House of Astor.

Sementara itu, The St. Regis Langkawi menyajikan pengalaman spa peribadi berlatarbelakangkan Laut Andaman. Antaranya ritual Balinese-inspired Where Oceans Meet serta Warm Stone & Poultice Massage yang menggunakan bahan botanikal tempatan, mencipta momen berhubung secara mendalam dalam suasana tropika.

Di The Ritz-Carlton, Langkawi pula, para tetamu boleh menikmati pelbagai aktiviti percuma sepanjang hari. Antaranya berjalan dalam hutan, urutan taman, yoga, Mat Pilates hingga sesi melihat bintang. Ritual tradisional Mandi Bunga turut ditawarkan di spa, menggabungkan elemen budaya, penyembuhan dan niat yang positif.


Antara aktiviti menarik yang tersedia buat pengunjungFOTO: Marriott Bonvoy

Sementara itu, Perhentian Marriott Resort & Spa, yang terletak dalam taman laut yang dilindungi, membuka ruang untuk refleksi dan pembaharuan melalui sesi yoga berpandukan tenaga alam semula jadi. Hari dimulakan dengan yoga di dek menghadap laut, dan disambung dengan aktiviti yoga dalam suasana lebih privasi di ruang khas bersama pengajar pilihan.

Dari pantai tropika hingga ke bandaraya kosmopolitan, hotel-hotel Marriott Bonvoy di Malaysia bersatu dalam misi memperkasakan kesejahteraan tetamu.

Sama ada melalui ritual tradisional, pergerakan penuh kesedaran, atau sajian yang menyihatkan. Setiap pengalaman yang ditawarkan menjadi langkah kecil ke arah kesihatan holistik yang lebih berkekalan. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:
  • ankara-ibu-kota-turkiye-diiktiraf
  • cappadocia-sebuah-pertemuan-cinta-alam
  • dari-escape-room-ke-kelip-kelip-5

Post a Comment

0 Comments