Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Lagi lagu raya baharu, meriahkan Aidilfitri



KEMERIAHAN sambutan hari raya Aidilfitri makin terasa dengan seleksi lagu-lagu raya baharu yang berkumandang mengisi suasana.

Tidak mahu ketinggalan, MAP Music turut menampilkan dua buah lagu raya istimewa untuk para pendengar iaitu Joget Hari Raya dan Beghaok Raya.

Joget Hari Raya menyaksikan gandingan trio berbangsa Cina iaitu Ryan Lian, Rey Chew dan Kelvin Hao Feng yang buat pertama kalinya menyanyikan lagu raya.

Ryan Lian merupakan seorang pelakon dan penyanyi dari Singapura dan juga Pengasas Longmao Studio Pte. Ltd, manakala Rey Chew pula merupakan penyanyi tempatan yang turut bernaung di bawah label sama.

Sementara Kelvin Hao Feng pula merupakan pengasas Mita Production Company, selain merupakan penerbit dan jurutera rakaman.

Berkongsi pengalaman masing-masing, trio ini tampil bergabung menghasilkan karya yang unik dan istimewa menerusi lagu Joget Hari Raya, yang mempunyai alunan muzik klasik lagu raya.


Lagu ini boleh mula ditonton secara eksklusif di saluran YouTube MAPMUSIC, selain boleh dimainkan dan didengari melalui aplikasi penstriman atas talian seperti Spotify, iTunes, Apple Music, Joox, KKBox, Deezer, TikTok dan juga YouTube Music. 

Loghat Melaka

Sementara lagu Beghaok Raya pula merupakan nyanyian Babah Nadeen, Balau, Aretoy dan Kiki yang berasal dari Melaka. Mereka berempat secara tidak sengaja berkenalan di laman aplikasi TikTok dan kemudiannya menamakan kumpulan mereka sebagai 'Team Beghaok'.

Mengikut loghat Melaka, terma beghaok bermaksud membuat bising ataupun huru-hara. Beghaok Raya menceritakan tentang akan suasana yang penuh keserabutan terutama apabila hari raya bakal menjelma, sedangkan mereka sedang mengalami kesempitan dari segi kewangan.

Lagu ini juga menerapkan nilai murni serta mengingatkan pendengar untuk menyambut hari raya dengan sederhana sahaja walaupun ianya sudah menjadi tradisi untuk hari raya Aidilfitri disambut dengan segalanya serba baru.


Berghaok Raya boleh ditonton secara eksklusif di saluran YouTube Raqsha Family. Selain itu, lagu ini juga boleh dimainkan dan dengari melalui aplikasi penstriman atas talian seperti Spotify, iTunes, Apple Music, Joox, KKBox, Deezer, TikTok dan juga YouTube Music. - 7KLIK



[KREDIT: MAP Music - Terima Kasih Boy]

Post a Comment

0 Comments