Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Pertukaran masa, Konsert KyuHyun Restart Asia Tour di Kuala Lumpur diawalkan


OLEH: AILEEN ADAM
B
INTANG KPop popular, Kyuhyun mengakui semakin teruja untuk menemui peminat di Malaysia menerusi konsert solo pertamanya yang akan berlangsung pada 13 April depan.

Bagaimanapun konsert yang diberi nama KyuHyun Restart Asia Tour di Arena Mega Star Kuala Lumpur itu membuat sedikit perubahan dari segi masa di mana persembahan yang sepatutnya bermula pada jam 8 malam itu diawalkan kepada jam 5 petang, manakala tarikh dan lokasi tidak berubah.

Menurut pihak penganjur iaitu Antenna, WebTVAsia & TopGallant Show, perubahan masa itu dilakukan atas sebab-sebab tertentu.

"Oleh kerana beberapa keadaan yang tidak dijangka dan selepas perbincangan selanjutnya  di antara semua pihak yang terlibat, konsert itu akan dijadualkan semula pada pukul 5 petang (bukan 8 malam)," ujarnya dalam satu kenyataan kepada media.

Kyuhyun yang juga anggota Super Junior itu mempunyai peminat yang cukup ramai, malah lagu-lagu nyanyiannya juga sering menjadi siulan.



Sejak bergerak secara solo dan melancarkan EP Restart, karya tersebut telah mengungguli Carta Album Teratas iTunes di 14 negara dan ia menjadi rekod terbaik peribadinya.

Mengangap ia sebagai sebuah penghargaan buat peminat, Kyuhyun menjanjikan persembahan terbaik buat mereka yang hadir pada konsert itu nanti.

Tiket Konsert KyuHyun Restart Asia Tour In Kuala Lumpur dijual dengan harga RM268, RM368, RM588 dan RM698 (VIP). Pembelian boleh dibuat menerusi: my.bookmyshow.com. KYUpiters dan ELFs. - 7KLIK 


Post a Comment

0 Comments