Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Pengarah The Exorcist, William Friedkin meninggal dunia



PENGARAH filem The Exorcist,  William Friedkin, 87, meninggal dunia di Los Angeles pada Isnin.

Berita duka itu disahkan oleh isterinya, yang juga merupakan bekas penerbit filem, Sherry Lansing kepada media.

“Beliau menjalani kehidupan yang hebat. Umurnya hampir 88 dan ada filemnya yang akan rilis.

“Beliau adalah seorang suami yang hebat dan seorang ayah yang luar biasa. Hidupnya begitu hebat. Tak ada mimpinya yang tak menjadi nyata,” ujarnya kepada BBC dalam nada sebak.

Bagaimanpun, punca kematian Friedkin tidak dinyatakan. Difahamkan beliau sebelum ini ada mengalami masalah kesihatan.

Berita kematian pengnarah filem seram itu turut mendapat perhatian banyak pihak dalam indutsri perfileman Hollywood yang meluahkan rasa sedih dengan pemergian karyawan hebat itu.

Friedkin yang pernah mencipta kejayaan dengan memenangi Anugerah Oscar menerusi filem The French Connection pada tahun 1970-an. - 7KLIK

Post a Comment

0 Comments