Hot Posts

6/recent/ticker-posts

ISA ISARB SUMBANG 40 BAR EMAS SEMASA SAMBUTAN HARI LAHIR



ISA
Isarb (iSARB Clan), pemenang anugerah YouTubrity 2021 (AYM 2021), telah menghadiahkan 40 bar emas kepada mereka yang bertuah bersempena majlis berbuka puasa dan juga sambutan hari lahir beliaubertempat di Star Avenue Lifestyle Mall, Shah Alam.

Majlis ini dihadiri oleh seluruh warga kerja Isarb Holding Sdn. Bhd., rakan-rakan selebriti dan juga rakan niaga.

Menurut Isa atau nama sebenarnya Isa Batharul Zaman, majlis pada hari ini telah dirancang oleh pihak pengurusan Isarb Holding Sdn. Bhd. bertujuan untuk menyambut hari lahir Isa, dan juga menyantuni para pekerja dan juga rakan-rakan selebriti Isa Isarb.

“Hari ini saya gembira kerana dapat meluangkan masa bersama dengan keluarga, rakan-rakan Isarb Clan, para pekerja dan juga rakan-rakan selebriti bagi menyambut hari lahir saya. Alhamdulillah, hari ini saya genap berusia 24 tahun, dan bersyukur dengan semua rezeki kejayaan yang telah saya kecapi sehingga hari ini,” katanya.



Tambahnya lagi, majlis berbuka puasa ini adalah hadiah daripadanya buat seluruh kenalan Isa yang selama ini telah bersama-sama bertungkus lumus membantu beliau, dalam memperluaskan lagi karier kerjayanya dalam industri YouTube tempatan.

Antara rakan selebriti yang hadir pada majlis sambutan hari lahir Isa adalah MK K Clique, Baby Shima, Alieff Irfan, Bibi Qairanaa, Asyraff Mazlan dan juga Ceo Batu.

Isa kini pada hari ini mempunyai 2.4 juta orang pengikut di laman YouTube, dan bercadang untuk meningkatkan lagi pengikut di laman YouTubenya di masa akan datang. Selain dari aktif menjadi selebriti YouTube, Isa juga kini giat aktif menceburi beberapa bidang perniagaan bagi memperluaskan lagi jenama Isarb dalam kalangan masyarakat tempatan.

Antara perniagaan yang telah menjadi sambutan para peminat Isa Isarb adalah pakaian jenama Isarb. Antara pakaian yang boleh didapati di bawah jenama Isarb Sdn. Bhd. adalah seperti kemeja-t, hoodie, lanyard, topi dan juga beanie.

Untuk info lanjut mengenai Isarb Collection dan mengetahui tentang promosi-promosi terkini daripada Isa Isarb, layari dan ikuti YouTube, Instagram dan juga TikTok.












Post a Comment

0 Comments