Hot Posts

6/recent/ticker-posts

TOKOH BANGSAWAN RAHMAN B MENINGGAL DUNIA


SENIMAN
Negara Rahman B meninggal dunia pada jam 4.43 petang, di Hospital Kuala Lumpur, akibat pendarahan beku di paru-paru selepas selepas dijangkiti Covid-19.

Allahyarham Rahman B atau nama penuhnya Abdul Rahman Abu Bakar , 87, merupakan Tokoh Bangsawan Negara dilahirkan pada 18 Mei 1935 di Klang, Selangor. Beliau mula menceburkan diri dalam bidang ini seawal usia lapan tahun.

Allahyarham menerima Anugerah Seni Negara keenam pada tahun 2003 yang membawa gelaran Seniman Negara dan merupakan Adiguru bangsawan di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) sejak tahun 1996.

Jenazah Allahyarham Rahman B akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang, Kuala Lumpur selepas solat Zohor pada Khamis.

AlFatihah dari kami di 7Klik.Com

Post a Comment

0 Comments