Hot Posts

6/recent/ticker-posts

JOE FLIZZOW, MARINI RAMLAN SELAMAT DIIJABKABUL

[FOTO: Instagaram @misdeeds_]

SELEPAS dua bulan tertunda daripada perancangan asal, penyanyi hip hop popular, Joe Flizzow hari ini selamat diijabkabulkan dengan gadis pilihan, Marini Ramlan.

Difahamkan majlis pernikahan yang diadakan secara tertutup untuk keluarga terdekat kedua belah pengantin itu menyaksikan Joe atau nama sebenarnya Johan Ishak, 41, menyerahkan mas kahwin berjumlah RM80, beserta lima dulang hantaran dan berbalas tujuh daripada pihak pengantin perempuan.

Joe dan Marini sebelum ini merancang untuk melangsungkan majlis pernikahan  pada 4 April lalu, namun terpaksa ditangguhkan disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan dan penularan wabak Covid-19.

Pasangan ini mengikat tali pertunangan pada 28 Disember tahun lalu. 

Tahniah dan selamat pengantin baharu, semoga kekal hingga ke Jannah.

Post a Comment

0 Comments