Hot Posts

6/recent/ticker-posts

AMAN NASSIM NIKAH PENSYARAH ASWARA


MESKIPUN hampir menundakan majlis pernikahan kerana keadaan kesihatan bapanya yang tidak mengizinkan, pelakon Aman Nassim hari ini selamat bergelar suami kepada pasangannya, Nor Baizura Abd Ghani, 33, menerusi majlis ijabkabul yang berlangsung di Hulu Langat pagi tadi.

Aman atau nama lengkapnya Abdul Rahman Nasim, 30, menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300 beserta enam dulang hantaran dan berbalas lapan dari pihak perempuan. Sementara wang hantaran pula berjumlah RM10,000.

Aman dan Baizura yang juga merupakan pensyarah di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) mengikat tali pertunangan pada sambutan hari raya tahun lalu.

Bagaimanapun majlis resepsi pasangan ini yang dijadualkan berlangsung pada sebelah malam ini terpaksa ditunda ke tarikh lain yang akan ditetapkan kelak.

Menurut Aman keputusan itu terpaksa diambil kerana keadaan bapanya yang kini sedang kritikal di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru akibat kanser usus tahap empat.

Post a Comment

0 Comments