Hot Posts

6/recent/ticker-posts

EVOLUSI PERNIAGAAN MAKANAN DALAM EVO RASA


BERAS, durian, kelapa, roti, mee dan makanan laut adalah antara makanan kegemaran rakyat Malaysia yang enak dimakan begitu sahaja. Namun realitinya pelbagai jenis makanan daripada makanan asas tersebut boleh menghasilkan produk yang lebih menyelerakan dan berkhasiat.

Memaparkan asal-usul sejarah makanan dan pelbagai jenis makanan Malaysia mengikut selera tempatan dan kawasan tertentu, program ini juga menyingkap perubahan sajian sesuatu makanan mengikut susur masa dan kegemaran orang ramai di kawasan tertentu contohnya asal usul tomato, khasiat dan perkongsian menu berasaskan tomato.

Menerusi program terbaharu bertajuk Evo Rasa yang disiarkan mulai 25 Disember ini, setiap Selasa, pukul 10.05 pagi di TV1, hos Farhah Ruslan berkongsi jenis-jenis makanan yang dihasilkan daripada bahan asas tersebut. Contohnya menarik kepada anda yang tidak suka makan durian tetapi mungkin anda boleh raja buah ini dalam bentuk ais krim, bubur, roti dan sebagainya. 

Sebut sahaja makanan laut setiap daripada kita dapat membayangkan keenakkan pelbagai jenis spesis ikan, sotong, ketam, udang, dan kerang. Hos menghuraikan sejarah hasil makanan laut dan perkembangan perniagaan yang berkaitan dengan makanan laut yang juga sumber protein ini. 

Menurut pakar pemakanan, Nur Hayati Azmi, satu sajian makanan laut setiap hari dapat merangsang Omega-3 dan menjaga kesihatan jantung. Antara sajian yang dimasak dengan makanan laut ialah tomyam, steamboat, ikan bakar, ikan kering, ikan masin dan sebagainya.



Episod berikut ikuti perkongsian tentang latar belakang dan sejarah beras, makanan ruji bagi ramai penduduk dunia termasuk di Asia, Amerika Latin dan Caribbean. Beras boleh didapati dalam lebih kurang 40,000 jenis produk. Antara sajian yang memerlukan beras ialah nasi tomato, nasi lemak, nasi, briyani, nasi ayam, bubur lambuk yang sedap untuk berbuka puasa dan sebagainya.

Asal-usul dan perkembangan perniagaan kelapa di Malaysia turut dipaparkan dalam episod berikutnya. Kelapa boleh didapati di semua kawasan tropika. Keseluruhan pokok kelapa dapat dimanfaatkan kepada pelbagai jenis kegunaan. 

Antara kegunaan pelbagai bahagian kelapa adalah seperti minyaknya sebagai minyak masak, minyak pelita dan sabun; lidi kelapa sebagai penyapu; daun kelapa sebagai pembalut makanan dan lain-lain lagi. Sajian yang diperbuat daripada kelapa ialah “coconut shake juice”, kuih muih, pencuci mulut, jelly kelapa, ais-krim kelapa dan sebagainya.

Ada juga perkongsian tentang pisang yang masak boleh terus dimakan begitu sahaja. Pisang yang belum masak lagi boleh juga dimasak sebagai lauk, digoreng, dibuat sira, dibuat pengat pisang dan dijadikan kerepek. Selain buah pisang, jantung pisang juga boleh dibuat sebagai ulam selepas dicelur. 

Batang pisang juga mempunyai empulur lembut yang juga boleh dimakan. Kulit pisang yang terhasil sebagai bahan sampingan dari pembuatan makanan lain seperti kerepek. Antara sajian yang dihasilkan oleh pisang ialah kuih-muih pisang, jus pisang, popia pisang, waffle pisang dan sebagainya. Pisang juga dieksport ke luar negara.

Paparan mengenai burger turut dihuraikan oleh hos. "Hamburger" ialah perkataan Germany kerana makanan ini berasal daripada Hamburg. Pada hari ini, hamburger dianggap sebagai salah satu makanan segera ataupun sebagai snek. 

Oleh itu, burger banyak dijual di restoran makanan segera seperti McDonald's dan Burger King, serta Burger Ramly dan mudah didapati di gerai tepi jalan atau di pasar malam. 





Cerita tentang sejenis tumbuhan yang buahnya dikenali sebagai tomato banyak dijual di pasar. Di Malaysia, tomato ditanam secara komersial di Cameron Highlands, Pahang. Warna merah tomato mempunyai pelbagai jenis khasiat dan antioksidan semula jadi yang baik untuk kesihatan. 

Selain itu, tomato yang mengandungi likopena ini juga boleh mengurangkan risiko beberapa jenis kanser dan penyakit jantung. Hasil kajian pakar penyelidik mendapati bahawa kandungan likopena yang tinggi terdapat dalam pes tomato, sos tomato dan jus tomato. 

Antara sajian yang boleh disediakan dengan tomato ialah nasi tomato, jus tomato, sos tomato, pasta tomato, pizza tomato. Tomato juga diproses untuk dijadikan produk kecantikan, seperti mask.

Berdasarkan sejarahnya, kopi diminum buat pertama kali pada abad kesembilan, iaitu semasa kopi mula-mula ditemui di tanah tinggi Etiopia. Kemudian, kopi mula merebak ke Mesir, Yemen, Armenia, Farsi, Turki dan ke utara Afrika pada abad ke-15. 

Dari dunia Islam, penyebaran kopi telah sampai ke Itali, seluruh Eropah dan Amerika. Kopi dapat mengurangkan risiko menghadapi penyakit Alzheimer, penyakit Parkinson, penyakit jantung, diabetes melitus dan penyakit gout. Pada hari ini, minuman kopi sudah menjadi satu kemestian dalam gaya hidup masyarakat moden.




Episod membincang mengenai 'ais' juga menarik dikongsikan dengan orang ramai. Ais digunakan sebagai bahan menyejuk dan memelihara kesegaran dalam industri perikanan. Antara sajian yang diperbuat daripada ais ialah ais-krim perisa nasi lemak yang boleh didapati di Alor Setar, ais kacang, cendol durian, ais batang dan lain-lain lagi. 

Seorang pengusaha muda yang menggunakan ais sebagai konsep bagi ‘Ice Cafe’ beliau yang berlokasi di Penang di mana suhu cafe ini yang sejuk membuatkan pengunjung boleh menikmati ais-krim dalam persekitaran yang sejuk.

Ketahui juga asal-usul dan perkembangan perniagaan roti yang merupakan makanan tertua, iaitu semenjak zaman Neolitik, jagung yang menghasilkan (bubur, popcorn, jagung rebus, waffle, ais-krim, burger dan jagung cawan), kacang (hasilkan air soya, snek kacang hijau, kacang bercelup dengan keju, kacang parang, kacang rebus, dan kacang masak dengan daging kambing).

Dalam episod mengenai buah durian, penonton didedahkan dengan buah dianggap makanan ‘panas’ yang mampu menghasilkan pelbagai jenis manisan seperti air batu campur, bubur, dodol, jem, lempuk, ais-krim, kek, kopi, kuih bulan, cendol, ais kacang, pulut, dan roti bom.

Ia diakhiri dengan perkongsian mengenai ‘mee’, sejenis makanan ruji seharian bagi pelbagai jenis lapisan masyarakat ini. Contoh-contoh sajian yang dapat disediakan dengan mee ialah mee kicap, kari mee, mee udang , mee tarik, mee asam laksa, mee bandung, mee goreng mamak dengan ‘chicken chop’, mee rebus, mee sup tulang lembu, dan mee wantan.



EVO RASA       
Hari: Setiap Selasa (Mulai 25 Disember 2018)
Masa: 10.05 Pagi
Saluran: TV1 
Terbitan: RTM      
Pengacara: Farhah Ruslan   


[KREDIT: RTM]

Post a Comment

0 Comments