Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Kutipan Hantu Kak Limah melebihi RM9 juta dalam tempoh 4 hari!


ASTRO Shaw dan Infinitus Gold menerusi satu hebahan media telah mengumumkan filem Hantu Kak Limah (HKL) telah memecah rekod dengan mendapat kutipan melebihi RM9 juta sehingga tayangan pada 12 Ogos. 

Rekod ketiga ini menjadikan filem HKL sebagai filem tempatan pertama mendapat kutipan tertinggi selepas empat hari ditayangkan. 

Terdahulu HKL mencipta sejarah apabila menerima kutipan tertinggi iaitu lebih RM650 ribu di hari pembukaan 'sneak preview' pada 8 Ogos lalu, sekaligus mengukir kejayaan kutipan mencecah RM1.8 juta pada hari pertama tayangan.

Malah jumlah pawagam yang menayangkan filem ini turut bertambah menjadi 137 pawagam di seluruh Malaysia dan Brunei. Manakala, peminat dan penonton di Singapura boleh menonton di pawagam berhampiran mereka bermula 16 Ogos ini.

Penerbit Eksekutif, Dato’ Khairul Anwar Salleh, Gayatri Su-lin dan TP Lim mengucapkan jutaan terima kasih kepada penonton, rakan media dan pihak pawagam di atas sokongan terhadap filem ini.

Filem terbitan Astro Shaw dan Infinitus Gold ini diarahkan oleh Mamat Khalid dan dibintangi oleh Dato’ Awie, Delimawati, Zul Ariffin, Uqasha Senrose, Ropie, Mus May, Sharwani, TJ Isa, Jue Aziz serta penampilan istimewa Erra Fazira dan Dato’ Seri Vida.


[KREDIT: Astro Shaw]

Post a Comment

0 Comments