BERSEMPENA dengan sambutan ulang tahun ke-10 Melaka Kota Warisan Dunia UNESCO, teater berprestij ENCORE MELAKA, dibawakan oleh Yong Tai Berhad, telah mengadakan persembahan pembukaannya yang gilang-gemilang pada 7 Julai lalu.
Acara meriah ini menyaksikan 4,000 orang tetamu menonton pertunjukan arahan Wang Chaoge (Upacara Pembukaan Sukan Olimpik 2008 Beijing) yang pertama di Malaysia.
Ia merupakan sebuah produksi teater bertaraf dunia yang ulung dan juga sebahagian daripada Impression and Encore Series yang ikonik dari China. Pementasan teater ini berlangsung selama 70 minit dan produksi ini mempamerkan sejarah dan budaya Melaka yang kepelbagaian.
"Acara ini menjadi lebih istimewa kerana ia juga meraikan 10 tahun kemasukan nama Melaka ke dalam senarai Tapak Warisan Dunia UNESCO. Ini adalah waktu yang istimewa untuk Melaka.
"Sekarang, para pelancong tempatan dan antarabangsa mempunyai lebih banyak sebab untuk tinggal lebih lama di bandar ini.
Dengan teater ini juga, kami mahu mengangkat status Melaka sebagai destinasi pelancongan paling utama di Malaysia, sekaligus membantu pertumbuhan ekonomi dan industri pelancongannya," kata Dato’ Syed Norulzaman bin Syed Kamarulzaman, Pengerusi Yong Tai Berhad.
Dari bahagian luar bangunan gah dengan gerbang-gerbang yang dibuat daripada ribuan lampu LED dan dinding berjubin porselin, sehingga ke ruang dalam teater yang mewah dan mampu menempatkan 2,000 orang penonton, Encore Melaka mampu menambat hati penonton dan merangsang semua deria dengan pentasnya yang berputar 360 darjah.
Para tetamu dihiburkan dengan persembahan hebat enam kisah yang diinspirasikan daripada identiti masyarakat Melaka yang berbilang bangsa dan hidup harmoni.
"Saya sendiri memilih Melaka untuk menjadi tapak Impression Series di luar China kerana peninggalan sejarahnya yang tak lapuk dek zaman, dan kotanya sentiasa menyambut para pengunjung dengan hangat dan mesra.
Saya menceritakan semua keunikan dan daya tarikan negeri Melaka dalam pementasan Encore Melaka ini. Dengan integrasi penceritaan yang bagus dan teknologi pementasan yang inovatif, pertama di Asia Tenggara, Encore Melaka akan mengubah persepsi penonton kepada pementasan teater selama-lamanya.
Saya harap para pengunjung baik tempatan mahupun luar negara akan meninggalkan teater ini dengan rasa minat, cinta dan banggakan kota ini," kata Wang.
Babak demi babak, para penonton terpesona dengan pertunjukan malam itu. Persembahan bermula dengan kisah Parameswara, putera raja dari Sumatra dan pohon Melaka serta kisah Laksamana Cheng Ho yang diiringi dengan paparan visual luar luar biasa kapal-kapal belayar dan pukulan gendang penaik semangat.
Tidak hanya itu, para penonton menyaksikan kelembutan para penari menarikan tarian Baba Nyonya. Ada juga tarian air yang menarik mengiringi kisah sang ibu dan rasa cintakan Melaka oleh orang penduduknya.
Di babak penghormatan kepada para artisan Melaka, para pelakon dan penari turun ke ruang penonton dan sekaligus menjadikan mereka semua sebahagian daripada pertunjukkan malam itu. Pementasan ini ditutup dengan 200 orang pelakon dan penari mengucapkan selamat jalan kepada semua penonton.
Antara tetamu terhormat pada acara ini ialah Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Yang Berhormat Tuan Mohamaddin bin Ketapi; Ketua Menteri Melaka, Yang Amat Berhormat Adly Zahari; Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka, Yang Berhormat Datuk Wira Hj. Othman bin Muhamad dan EXCO Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan Negeri Melaka, Yang Berhormat Tuan Muhammad Jailani bin Khamis.
"Salah satu janji saya adalah penumpuan kepada pelaburan luar dan pelancongan-- dua sumber utama penjanaan ekonomi negeri. Pada saya, Encore Melaka adalah salah satu platform terbaik untuk ini.
Kehadirannya telah membantu membuka peluang-peluang pekerjaan dan perniagaan kepada penduduk-penduduk tempatan sambil mempamerkan keistimewaan Melaka kepada dunia.
Saya berharap teater canggih ini akan membantu Melaka mencapai sasaran menerima 20 juta pelancong untuk Tahun Melawat Melaka 2019," kata Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari.
Pada bulan Januari lalu, perjanjian bernilai lebih daripada RM100 juta untuk tempoh sehingga tiga tahun telah dimeterai bersama enam agensi pelancongan untuk urusan pertiketan. Setiap satu juta tiket mewakili lebih kurang 70% nilai tempat duduk Encore Melaka setiap tahun, berdasarkan kiraan dua pertunjukan setiap hari.
Encore Melaka dijangkakan dapat menyumbang sekurang-kurangnya RM60 juta untung bersih setiap tahun. Teater ini dijangkakan akan menarik majoriti penonton dari China yang semakin berminat untuk melancong ke rantau Asia Tenggara, dan juga para pelancong dari Amerika Syarikat dan negara-negara Eropah.
Teater ini terletak di lokasi paling terkenal di Melaka, iaitu di tepi pantai di Kota Melaka, 3.5km dari Jalan Jonker, di No. 1, Jalan KSB, Impression 8, Impression City @ Kota Syahbandar, 75200, Melaka. Ia merupakan projek pembangunan pelancongan dan kebudayaan berintegrasi terbaharu daripada Yong Tai Berhad.
Waktu-waktu persembahan:
Hari ini hingga 31 Julai 2018
Isnin hingga Jumaat - 8:30 malam
Sabtu - 5:30 petang & 8:30 malam
Ahad - 2:30 petang & 5:30 petang
1 Ogos 2018 ke atas
Isnin hingga Sabtu - 5:30 petang & 8:30 malam
Ahad - 2:30 petang & 5:30 petang
Untuk pembelian tiket, sila layari https://encore-melaka.com/ticketing
Untuk maklumat lebih lanjut, layari https://encore-melaka.com
[KREDIT: Encore Melaka]
0 Comments