Hot Posts

6/recent/ticker-posts

PROGRAM MENARIK KIX HD, SEPANJANG MEI


SAKSIKAN program hebat sepanjang Mei di saluran Kix HD (Astro 729). Banyak program-program menarik menarik anda di saluran yang sentiasa menjajikan program terbaik ini.


Asian Combat Sports
Setiap Malam Isnin
10.00 Malam

Saksikan perlawanan MMA terbaik di Asia seperti Kunlun Fight MMA, Road FC dan TopKing.


Kunlun Fight MMA 21-24 
Julung Kali di Saluran KIX HD
Kunlun Fight MMA 21-22 
Siaran Perdana: 7 Mei (Isnin) - 10.00 Malam
Kunlun Fight MMA 23-24
Siaran Perdana: 21 Mei (Isnin) - 10.00 Malam

Sukan tinju dan MMA dari China kini semakin mendapat sambutan hangat di seluruh dunia! Semenjak diperkenalkan pada Januari 2014, Kunlun Fight telah menjadi fenomena global dan telah menampilkan petinju-petinju MMA antarabangsa terkenal dalam setiap perlawanannya!


Road FC 047 
Julung Kali di Saluran KIX HD
Ditayangkan 48 dari siaran di Korea
Siaran Perdana: 14 Mei (Isnin) - 10.00 Malam

Sukan MMA kini semakin mendapat sambutan di Korea Selatan, dan ROAD FC adalah salah satu perlawanan utama yang diminati ramai.


TopKing World Series 19
Julung Kali di Saluran KIX HD
Siaran Perdana: 28 Mei (Isnin) - 10.00 Malam

Pertandingan Muay Thai Bertaraf Dunia yang membenarkan peraturan keseluruhan Muay Thai iaitu menggunakan tujahan lutut dan siku.


ACTION MOVIE SATURDAY

Nantikan gandingan Matt Damon dan Jeremy Renner dalam siri filem aksi pengintipan. Mei ini, pastikan anda menonton siri filem The Bourne Special yang penuh dengan aksi lasak, ngeri, hebat dan babak-babak yang mendebarkan.


The Bourne Supremacy
Siaran Perdana: 12 Mei (Sabtu)- 9.00 Malam
Pengarah: Paul Greengrass
Pelakon: Matt Damon, Franka Potente, Joan Allen

Semasa menetap di India, Jason Bourne (Matt Damon) diperangkap oleh ejen Rusia, Kirill (Karl Urban) sebagai dalang utama rompakan wang daripada CIA. Kirill ingin membunuh Bourne, namun tembakannya telah mengorbankan teman wanita Bourne, Marie (Franka Potente). Bourne ingin membalas dendam dengan membuktikan dia tidak bersalah dan membawa dalang utama ke muka pengadilan, tetapi dia juga sedang diburu oleh ketua CIA, Pamela Landry (Joan Allen).


The Bourne Ultimatum 
Siaran Perdana: 19 Mei (Sabtu) - 9.00 Malam
Pengarah: Paul Greengrass
Pelakon: Matt Damon, Edgar Ramírez, Joan Allen

Jason Bourne berjaya melarikan diri daripada pegawai CIA yang kejam dan ejen-ejen mereka yang terlibat dengan program pembunuhan baharu. Di samping itu, dia perlu mencari identiti sebenarnya.


The Bourne Legacy
Siaran Perdana: 26 Mei (Sabtu) - 9.00 Malam
Pengarah: Tony Gilroy
Pelakon: Jeremy Renner, Rachel Weisz, Edward Norton

Tindakan Jason Bourne telah menyebabkan kajian agensi-agensi risikan selama berdekad lamanya dihapuskan. Akibatnya, pencipta program tersebut, Eric Byer (Edward Norton), perlu menyingkirkan salah satu daripada agensi tersebut: Outcome.  Aaron Cross (Jeremy Renner), ejen Outcome dan saintis kajian, Marta Shearing (Rachel Weisz) melarikan diri apabila Byer ingin memecat mereka. Rancangan Byer tidak semudah yang dijangka kerana Cross ternyata sukar untuk ditewaskan.


The Strain S4
Khamis 10.00 Malam
Julung Kali di Saluran KIX HD

Musim ke-4 menyaksikan Night Eternal kembali setelah perang nuklear dan Eph meninggalkan New York untuk ke Philadelphia. Di sana, dia bertemu pejuang lain dan ini menjadikan dia kembali bersemangat untuk kembali bertarung.


The Strain S4
Premieres: 31 May, Thursday at 10.00 Malam
New Episodes: Thursdays at 10P.00 Malam
First & Exclusive
Cast: Corey Stoll, David Bradley, Mia Maestro
Directors: Sheldon Wilson

Musim keempat dan juga musim terakhir menyaksikan sembilan bulan telah berlalu. Dunia sedang melalui kejatuhan dan strigoi semakin berkuasa. Letupan pada penghujung season telah menyebabkan letusan nuklear global. Musim sejuk nuklear menjadikan strigoi lebih berkuasa kerana waktu siang lebih lama. Master berpeluang mewujudkan rejimnya yang tersendiri.

Makhluk bumi yang ketakutan memudahkan lagi Master dan sekutunya menubuhkan “The Partnership.” Hampir kesemua manusia kini berkhidmat untuk strigoi. Mereka tiada pilihan lain lagi, sama ada menuruti arahan atau dibunuh. Untuk selamat, mereka perlu berdepan cabaran getir dan perlu berjuang habis-habisan. Master pula kekal berkuasa dan meneruskan misinya untuk menakhluki dunia.

Post a Comment

0 Comments