Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Hasil kreatif 3D daripada kertas


SEORANG pereka Wolfram Kampffmeyer juga dikenali sebagai Paperwolf dari Stuttgart, Jerman mempunyai kebolehan mencipta ukiran haiwan kertas geometri yang menakjubkan seperti model komputer 3D yang hidup.

Kata Kampffmeyer, dia mula berfikir tentang membuat sesuatu yang dapat disentuh dan dipegang di tangan. Oleh kerana kertas adalah bahan yang menarik untuk membuat model 3D kompleks dengan cepat dan hanya mengunakan gunting dan gam, saya mengubah salah satu model maya ke dalam reka bentuk kertas. 




Ketika kawan-kawan beliau melihatnya, mereka memberi maklum balas positif sehingga dia memutuskan untuk mencuba dan menjual kit DIY dalam talian. 

Hari ini, beliau mempunyai hampir 50 produk yang terdapat dalam 19 warna, termasuk 2-3 saiz haiwan yang sama. Patung-patung kertas DIY ini boleh didapati di kedai Etsy Paperwolf dan boleh dipasang di rumah sama seperti topeng kertas geometri. Jom kita lihat antara hasil kreatif beliau yang menggagumkan.

Post a Comment

0 Comments