Hot Posts

6/recent/ticker-posts

MUZIK TIDURANKU, DEDIKASI IZZUE ISLAM BUAT ISTERI


PELAKON, penyanyi dan pengacara, Muhammad 'Izzul Islam atau lebih dikenali sebagai Izzue Islam baru-baru ini telah melancarkan single terbaru beliau Muzik Tiduranku di The Loft Event Space, Setia Alam.

Nama Izzue Islam tidak asing lagi dalam dunia hiburan tanah air. Sejak bertapak di dalam industri muzik Malaysia bersama kumpulan Forteen dan percubaan berani solo single pertama beliau berjudul Bimbang, Izzue Islam bersama syarikat pengurusan beliau IIAN Enterprise telah berusaha keras menjayakan single terbaru beliau yang ditunggu oleh penggemar muzik tempatan. 




Populariti Bimbang disusuli dengan single kedua mereka Sahabat yang menerima sambutan hebat dan di sokong oleh persembahan langsung beliau yang sering tampak bersahaja serta pilihan lagu sebagai 'original soundtrack' sangat memberi impak kepada penggemar muzik tanah air. 

Untuk pengetahuan semua, lagu-lagu solo beliau adalah hasil ciptaan IIAN (Izzue Islam & Awin Nurin) seiring dengan perjalanan seni Izzue Islam untuk mengembangkan bakat seninya dalam bidang penulisan lirik dan mencipta lagu.



"Muzik Tiduranku, dicipta sepenuhnya oleh IIAN. Tercetusnya idea untuk menulis lagu ini adalah ketika sejak kali pertama Izzue Islam mengenali isterinya, Awin Nurin. 
“Muzik Tiduranku adalah sebuah lagu yang positif. Berkisah tentang perasaan cinta, kasih dan sayang seseorang terhadap pasangan! Jika berjauhan, perasaan rindu itu pasti terbawa ke dalam mimpi. 
Jadi IIAN luahkan perasaan rindu itu melalui melodi sehingga terciptalah Muzik Tiduranku. Jika rindu, dengarkan melodi indah ini dan tidurlah dengan lena...” - iian



Dengan produksi single yang dikeluarkan sendiri oleh Izzue Islam dan olahan muzik dari Gji 6ixthsense, Muzik Tiduranku boleh didapati secara digital di semua streaming platform termasuk Apple Music, iTunes, Spotify, JOOX, Deezer, KKBOX pada hujung February nanti.

Demi menyokong pelancaran single Muzik Tiduranku, Izzue Islam akan mengadakan 'street tour' di lokasi yang terpilih yang akan diumumkan kelak untuk lebih dekat kepada peminat muzik tempatan, beserta dengan kejutan-kejutan yang akan dibawa untuk menghargai penyokong yang selama ini berdiri teguh dibalik perjalanan karier muzik Izzue Islam.

Post a Comment

0 Comments